Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Rabu, Disember 31

Sajak Berjuang Demi Islam

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Inilah gelombang hidup samudera duka
Seorang musafir memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasul-Nya

Berjuang tk pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga tu manis
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban

Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syhid atau menang

Selasa, Disember 30

Peristiwa Penting dalam Maal Hijrah

1 Muharam:- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah iaitu bermulanya pembentukkan kalendar dalam Islam.

10 Muharam:- Dinamakan juga hari 'Asyura' oleh kerana hari itu terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan gigih dan tabah umat Islam bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:-

  1. Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah
  2. Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit
  3. Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud
  5. Allah menurunan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
  6. Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara
  7. Penglihatan Nabi Yaakub a.s yang kabur dipulihkan oleh Allah
  8. Nabi Ayyub a.s dipulihkan oleh Allah dari penyakit kusta yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus seletah berada di dalamnya selama 40hari 40malam lalu doanya dimakbulkan oleh Allah.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh Allah
  12. Nabi Sulaiman a.s dikurniakan oleh Allah kerajaan yang besar iaitu langit & bumi.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam
  14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
  16. Allah menjadikan 'Arasy'
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam
  19. Allah menjadikan malaikat Jibril a.s
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah fardhu ialah solat malam". (sahih muslim)

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur Ke hadrat Ilahi, Tuhan Sekalian Alam, selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Muharram telah muncul kembali dengan seribu pengertian yang penuh bermakna kita umat Islam. Tahukah kita bahawa 'Hijrah' membawa erti perpindahan dari sudut istilah bahasa. Manakala dari sudut & pandangan agama ianya membawa erti perpindahan nabi Rasulullah s.a.w. dari kota Makkah ke kota Madinah. Ia juga permulaan penyatuan kaum ansar & mujahirin.


Jika dilihat Hijrah ini juga membawa impak yang mendalam ke atas umat Islam seluruh dunia. Ini menunjukkan kita juga perlulah menyambutnya dengan penuh tawaduk dan bersyukur. Kita seharusnya sebagai umat Islam tidak perlulah menyambut Tahun Baru yang di agung-agungkan oleh musuh kita iaitu kafir atau lebih tepat kaum Yahudi laknatullah. Kini, umat Islam kita lebih gemar menyambut Tahun Baru (New Year Stupid!) dengan pelbagai maksiat itu, ini dan bukannya menyambut penuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t.

Mengapakah perkara ini hampir setiap tahun berlaku? Mengapa kita mengagungkan Tahun Baru yang membawa malapetalaka kepada kita dan bukannya Tahun Hijrah buat umat Islam? Di sinilah silap kita yang sering terikut-ikut perbuatan orang Yahudi celaka ini. Kita seolah-olah telah diracuni oleh daya pemikiran mereka yang kolot dan jumut itu. Oleh itu tidak perlulah kita negara yang membangun bersama sistem Islam ini menyambutnya dengan keterlaluan dengan pelbagai perkara-perkara yang melalaikan seperti hiburan,muzik dan sebagainya yang dari sudut padangan Islam ianya adalah haram.

Apa kata kita atau para pemimpin Islam negara tukar corak penyambutan Tahun Baru ini dengan cara menyambutnya seperti Sambutan Maal Hijrah pada 29haribulan 12 2009 bersamaan hari Isnin. Tidak salah untuk menyambut Tahun Baru ini, tetapi biarlah caranya mengikut lunas-lunas agama Islam....


Rabu, Disember 24

Al-Quran itu Pembimbing Umat


Maksudnya: "Tidaklah daging-daging(unta yang disembelih/dikorbankan itu) dan darah-darah (yang mengalir itu) dapat mencapai(keredhaan) Allah, akan tetapi ketaqwaan (dalam hati) kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkan untuk kamu supaya kamu (dapat pula) menaggungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikkan." (Surah Al-Hajj, ayat :37)

Pendapat anda apakah kaitannya dengan perkara di atas? Ianya ialah untuk menyedarkan kita bertapa pentingnya al-quran itu dalam segenap aspek kehidupan manusia. Walaupun mereka dari golongan yang bukan Islam. Ini kerana, al-quran bukan sahaja memimbing manusia ke arah kebaikan malah merupakan jalan penyelesaian dalam semua aspek dunia dan akhirat. Maka memang tidak dapat dinafikan lagi, mengapa al-quran itu merupakan penenang jiwa manusia jika dibaca atau difahaminya.

Persoalannya di sini, mengapa kini, dunia masa kini,hebat dengan pelbagai teknologi canggih, politik yang mantap, manusia yang semakin bijak...mengapa mereka menolak al-quran dalam setiap pembangunan yang mereka lakukan? Seolah-olah merekalah serba serbi tahu mengenai hal-hal dunia tanpa merujuk sebuah mutiara agung kalam-kalam Allah (Tuhan sekalian alam) iaitu al-quran. Jumudlah pemikiran umat manusia itu jika mereka menolak al-quran sebagai panduan hidup mereka.

Jika kita lihat akal manusia yang bijak itu, kini tidak lagi menerima pakai al-quran sepenuhnya dan cuma sekadar hiasan perlembagaan agama untuk orang Islam sahaja. Sebenarnya, untuk pengetahuan kita, secara khususnya al-quran sebenarnya untuk umat Islam..tetapi secara umumnya ianya merangkumi untuk setiap umat manusia tidak kira yang Islam mahupun bukan. Oleh itu jika pengamalnya mengamalkanya, maka segala tiadalah berlaku keburukan dalam dunia ini.

Sebagai contoh tidak perlu kita lihat negara-negara luar..lihat dahulu dalam negara kita ini, adakah al-quran itu diguna pakai sepenuhnya dalam setiap perlembagaan dan perlaksanaan sistem dalam negara? Tidak perlulah saya katakan, bagi yang memahami sudah tentu tahu...bagi yang masih terpinga-pinga mencari untuk memahami, cubalah fahami dengan akal anda yang bijak dan waras. Hukum hudud tidak dilaksanakan adalah contoh terbaik bahawa sesebuah negara itu menolak al-quran sebagai panduan hidup. Mereka(pemimpin) pandai berkata-kata bahawa al quran itu tunggak utama. Tetapi mana bukti bahawa ianya dilaksanakan?

Al quran ditolak,hadis ditolak...bagi muzik dan lagu-lagu baru terima lagaknya.Cubalah saudara seIslamku..fikir-fikirkanlah dan bantulah sesama kita dalam bangkit menegakkan syiar Islam. Jangan biarkan Islam hanyut dari dunia..jangan biarkan diri kita ditenggelami oleh arus deras kenikmatan dunia semata-mata..sesekali lihat dan pandanglah jalan untuk ke akhirat. Insyallah kita pasti berjaya suatu hari nanti demi Allah, Rasul dan Islam...

Rabu, Disember 17

Halal & Haram Bukan Mahram

Besalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa ada lapisan yang menghalangi 2 kulit adalah dilarang dalam Islam iaitu Haram.

Dalam Hadis ada diriwayatkan bahawa Aminah bt Rukaiqah datang kepada Rasulullah s.a.w dengan membawa beberapa wanita Ansar untuk membai'at (perjanjian) membuat semasa menegakkan syiar Islam dengan Baginda s.a.w. Mereka semua berkata, 'Marilah Nabi, kami akan membai'at dengan anda' (besalaman dengan nabi).

Maka Nabi s.a.w pun bersabda, "Sesungguhnya aku tida akan bersalam dengan kaum wanita. Sabdaku ini (yang ditujukan) untuk 100 wanita adalah sama dengan sabdaku untuk seorang wanita.

-Riwayat Ahmad,Malik,At-Tirmizi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah-

Hadis yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.a, "Demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun (yang bukan mahramnya)". Oleh itu Baginda membai'at ,mereka dengan kata-kata. Rasulullah bersabda, "Tidak harus mengucapkan salam keada kum wanita dan tidak harus pula mereka menjawab salam itu".

-Hadis Marfu'Riwayat Ibnu Jauzi-

Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat At-Thabrani yang bermaksud, "Adalah lebih baik seseorang lelaki itu berasak-asak dengan seekor khinzir yang berlumuran lumpur atau tanah busuk daripada di bertolak-tolak (mengeser-geser) bahunya dengan seorang wanita yang tidak halal baginya".

Jika kita lihat beberapa contoh di atas menunjukkan bahawa bertapa jitu dan lengkapnya Islam ini dalam berkenaan dengan halal dan haram bersentuhan bersama bukan mahram. Malah lebih buruk dari itu jika dibandingkan dengan haramnya bersentuhan dengan khinzir.

Sekadar hiasan.....

Apa yang perlu diketengahkan oleh hamba ialah berkenaan dengan tindak tanduk segelintir pemimpin Islam kita yang tanpa segan silu berjabat tangan dengan bukan mahram mereka. Malah bangga jika berpelukan tanda menjalinkan hubungan mesra antara negara atau sebaliknya. Apakah itu lambang sebuah pemimpin Islam yang diterajui oleh mereka? Bagaimanakah kepimpinan melalui teladan akan menjadi contoh pada anak-anak bangsa dah masyarakat di dalam negara? Cantiknya Islam oleh kerana perlaksanaan oleh pemerintah yang menjalankan hukum-hakam Islam.

Tetapi kini, pemimpin, anak-anak buah ataupun masyarakat Islam di dalam negara memandang enteng perihal perkara ini? Mana perginya talbiah keislaman mereka? Masakan pemimpin akan menjadi idola anak-anak bangsa? Malah penggalakan maksiat merata-rata di segenap pelusuk negara. Itulah natijahnya....

Oleh itu marilah kita kembali kepada hukum-hakam Allah & menjadikan Islam itu tunggak utama dalam hidup kita dan bukan sebaliknya. Pandang & lihatlah secara berat tentang isu halal dan haram ini bukan kerana ku....tetapi kerana Allah s.w.t......

Allahuakhbar.......x 3 (Marilah membesarkan Allah dan Rasulnya)

Wallahuallam......





Contoh-contoh pemimpin Islam

Ahad, Disember 14

Air Mata Rasulullah SAW


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya
Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat
aimanuk 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita......adakah kita mencintai Baginda sepertimana Rasulullah menitiskan airmatanya kerana kita...........

Renungkanlah wahai sahabat seIslamku kerana jika kita tidak memperjuangkan Islam demi Allah dan Rasul Muhammad s.a.w apakah akan jadi pada kita kelak.....

Wallahuallam...

Amalan Bulan Zulhijah




















  1. Zikrullah - Perbanyakanlah zikir-zikir kepada Allah seperti Subahanallah, Alhamdilillah, La ilaha illa Allah dan Allahu Akhbar. Diriwayatkan Al-Tabrani (hadith sohih oleh Imam Al-Munziri). Allah s.w.t juga menyebut dalam ertinya :- "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu...".(Al-hajj :28) Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti 'hari-hari tertentu adalah sepuluh hari Zulhijjah
  2. Berpuasa - Digalakkan umat Islam berpuasa pada 1 hingga sembilan Zulhijjah bagi mereka-mereka yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi s.a.w bersabda tentang kelebihan hari Arafah:- "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah".(Riwayat Muslim). Rasulullah s.a.w. juga ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini & Baginda mnjawab 'Ianya menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan tahun kemudiannya'.
  3. Melakukan amalan-amalan Mahmudah - Iaitu umat Islam digalakkan lebih bersedekah, membaca ayat-ayat suci Al-quran, melebihkan solat-solat sunat dan lain-lain lagi amal kebajikan & kebaikan yang diredhai oleh Allah s.w.t
  4. Menjauhi Maksiat - Ini adalah masa yang terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhkannya. Amat biadaplah seseorang umat Islam itu bersuka ria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Ilahi.
  5. Bertakbir - Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa 'Ali k.w. menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat subuh hari Arafah sehingga waktu [Asar hari ketiga Tashriq]'.
  6. Berkorban - Allah s.w.t dalam firmannya:- "Dan berdoalah dan berkorban".

Selain dari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah...maka marilah kita selaku umat Islam dalam berjihad ke jalan Allah iaitu berjuang demi menegakkan Syiar Islam serta semat/semaikan di dalam hati nurani kita melaksanakan hukum-hukum Allah...........

Wallahuallam..

Rabu, Disember 10

Insan


"Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup. Segala apa yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada Allah Tuhan sekalian alam, dan menanam harapan untuk bertemu dan menatap wajah DIA pada kemudian hari"

Berfikir Sejenak

Seseorang yang masuk kerja 0835 pagi sedangkan waktu mula bekerja adalah 0830 sudh dikira lewat datang ke tempat kerja. Tetapi jika seseorang itu solat Zohor jam 1400 (2 petang) atau 2.30 petang masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum atau sebaliknya, sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenajung Malaysia adalah sekitar 1300 - 1330 (1 - 1.30 petang) . Bukankah ini merupakan satu kesalah fahaman oleh kita yang beragama Islam?

Kita sangat tersentuh dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil mereka serta membuang bayi merata-rata seperti sampah....tetapi kita pula jarang merasa sedih dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak mereka secara maknawi iaitu dengan tidak mendidik supaya menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam mengenal Allah, mengerjakan perintah & meninggalkan larangan-Nya, menghormati orang tua, menutup aurat dan sebalinya agar tidak pula mereka didera oleh Malaikat (Mungkar & Nangkir) semasa di dalam kubur dan juga semasa di neraka? Bukankah itu adalah penderaan psykologikal yang merata pada setiap umat Islam kini? Bukankah ini satu perbuatan sama seperti membuang anak mereka ke dalam api neraka?

Fikirkanlah wahai saudara/saudari Islam ku....bezakan manakah yang hina..membuang anak ke dalam tong sampah atau membuang anak ke dalam api neraka? Anak yang dibuang sudah tentu ke syurga kerana tiada dosa dan hatinya kudus jika ditakdirkan oleh Allah mati..malah ibu bapanya yang akan disoal oleh Allah kelak...Jika anak yang tidak dididik dengan sempurna pula akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke neraka jua.....

Khamis, Disember 4

AZAB BAGI MEREKA YANG TIDAK MENGERJAKAN SOLAT




Di dalam kitab "Irsyadul Ibad wasabillir Rasyad" oleh Syeikh Zainuddin Al-Malabari bahawa siapa yang meninggalkan solat akan dihukum oleh Allah dengan 14 jenis seksaan; 5 seksaan di dunia, 3 ketika hendak mati, 3 di dalam alam kubur dan 3 ketika keluar daripada kubur.

Lima seksaan di dunia ialah:-
  • Dicabut berkat umurnya (hidup susah dan tidak aman)
  • Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (wajahnya tiada cahaya atau hilang seri muka)

  • setaip amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala (sia-sia) oleh Allah.

  • Doanya tidk dimakbulkan oleh Allah.

  • Dia tidak tergolong ke dalam golongan mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang soleh

Tiga seksaan ketika hendak menemui ajal:-

  • Matinya dalam keadaan yang hina

  • Mati dalam keadaan kelaparan

  • mati dalam keadaan dahaga yang teramat sangat walaupun diberikan olehnya air dengan sebuah lautan sekalipun tidak dapat mehilangkan dahaga itu.
Tiga seksaan dalam kubur:-
  • Disempitkan kubur sehingga hancur tulang -belulangnya.

  • Dinyalakan api di dalam kubur untuknya, maka dia bergelumang di dalam api siang dan malam

  • Di datangkannya ular 'SYUJA' yang matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi(bara neraka) lalu mengigit hamba Allah yang berdosa ini sehingga hari kiamat.

Tiga seksaan semasa keluar dari kubur kemudian perjalanan ke akhirat:-

  • Diberatkan hisab (iaitu semasa soal jawab

  • Dimurkai oleh Allah
  • Terus dimasukkan ke dalam neraka.

Wahai para sahabatku yang dirahmati oleh Allah sekalian....Adakah kita juga inginkan seperti perkara yang di atas? sudah tentu kita amat takutkan Allah lalu sujud membesarkan-NYA. Mari kita renung-renungkan apakah sudah cukup amalan yang kita lakukan demi mendapat kasih sayang Allah selama ini. Jika kita lihat keadaan zaman sekarang terlebih lagi keadaan di negara kita yang kini keadaan sosialnya sudah semakin meruncing. Dimanakah kerajaan yang ditadbirkan oleh pemimpin Islam yang juga turut sama melakukan pelbagai maksiat malah menggalakkan lagi dalam konteks yang pelbagai dan tidak taat akan Allah? Dimanakah "Amar Makruf dan Nahil Mungkar" dalam konteks kita menyelamatkan sesama Islam?

Takutlah kepada Allah dan kerana Allah!!!

Khamis, November 27

Semaikan Dalam Hati 'Kalimah Allah'



"Sudah terang lagi bersuluh...masakan lagi hati pekat berdakwat..." Dalami maksud ini bagi mereka-mereka yang bijaksana dan senantiasa berfikir akan Allah.


Dijadikan oleh Allah dari segumpal tanah, lalu disaripati menjadi air mani, kemudian digumpal menjadi darah...lalu dari darah menjadi segumpal daging...lalu terbentuklah tulang -belulang diselaputi oleh daging...maka terjadilah sesuatu makhluk yang istimewa iaitu manusia. 'Subahanallah' Maha Suci Allah..'Allahhuakhbar' Allah Maha Besar yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Maka perlulah kita beringat dan jangan alpa dari mana asal usul kita.


Dari mana datangnya kita dan janganlah kita diibaratkan 'kacang melupakan kulit'. Jangan kita menjadi syaitan & iblis yang lupa asal usul mereka dan juga makhluk yang tidak menerima akan kejadian kita yang bergelar insan. Kini kita sering bertuankan nafsu (hati gelap,hitam,malap) dan juga syaitan yang direjam. Hilang sinar cahaya kalimah Allah dalam hati kita oleh kerana tak tercapainya akal kita untuk melawan kehebatan & kekuatan nafsu, tambahan pula dari godaan syaitan. Mana perginya hati kita yang kudus sejak dilahirkan dalam keadaan suci lagi bersinar? Mana perginya didikan agama oleh ibu-bapa & guru-guru yang tersemai lagi tersemat di dada? Atau adakah selama ini permulaan hidup kita hanya sandiwara dan tipu daya semata-mata?


Fikirkanlah wahai sahabat ISLAMku. Cubalah kita bawa sejenak untuk bermuhasabah di mana letaknya diri kita ini pada pandangan Allah s.w.t dan bukan pada mata atau penglihatan teman lelaki(boyfriends agaknya),teman wanita (awekslah konon), bos-bos(bagi kaki pengampu),pemimpin-pemimpin(gologan yang menipu), atau sebaliknya kerana mereka juga manusia yang hina lagi lemah.


Tapi kini bukan itu yang dicari oleh kita.....termasuklah diriku sendiri...oleh kerana atas kelalaian dan ketaksuban mencari harta kekayaan pangkat dan sebagainya...kita lupa meletak serta meluruskan hati kita dalam mengingati Allah s.w.t. Mengapa kita kadang-kala dibenci oleh makhluk-makhluk Allah tidak kira pohon-pohon mahupun binatang? Ini kerana tiadanya kalimah Allah dalam hati kita ini. Oleh kerana itu jugalah terdapat pelbagai masalah yang kita hadapi.


Oleh itu, marilah kita semai, kita tanam, kita bina semula benih-benih Cinta kepada Allah di dalam sanubari agar ianya melebihi dari kita mencintai dunia dan manusia semata-mata. Bukan beerti kita menolak kesemuanya, tetapi meletakkan Allah yang terutama dan tertinggi di dalam hati kita kerana itulah yang seelok-eloknya. Maka dari situlah kita pula akan memiliki segala-galanya. Bukan sahaja diredhai oleh Allah tetapi disukai oleh seluruh makhluk Allah s.w.t. Bukankah adanya ayat dunia & akhirat? "

Isnin, November 24

Allah itu indah


Lihat bertapa indahnya ALLAH s.w.t. yang tersenggam megah memukau mata melihat kebesaran Allah bila mana nama-Nya sahaja membuatkan bergetarnya badan dan lajunya denyutan jantung orang-orang yang soleh dan solehah. Benarlah kata sesetengah ulama, kita akan merasa takut dan gentar melihat nama Allah..lalu sujud kita memulia dan mengagungkan-Nya. Baru melihat nama-Nya, kita sudah takut. Bagaimana pulakah keadaan kita melihat Allah di padang mashyar nanti? Tidakkah kita akan menjadi teramat-amat takut? Renungkanlah selagi hayat dikandung badan.
Allahhuakhbar!!!
(sumber gambar adalah ehsan daripada wikipedia.org)

Islam itu Ad'din



APAKAH YANG dimaksudkan Islam itu Ad'din? "innaddin naindallah hil islam". Ad'din bermaksud telah sempurna dan lengkap segala-galanya iaitu Islam merupakan satu-satunya agama yang meliputi pelbagai aspek alam & manusia di mana tidak terdapat dalam agama-agama lain yang hanya mempunyai batasan keagamaan.
Islam juga merupakan agama yang restui,diredhai, dirahmati oleh pencipta alam semesta iaitu Allah s.w.t. Mengapa kita perlukan agama? Tidak lain dan tidak bukan ialah sebagai garis panduan hidup dan pedoman setiap insan. Jika dilihat bagi mereka yang bukan Islam juga memerlukan agama untuk memimpin mereka ke arah jalan yang murni. Begitu pentingnya agama oleh segenap umat manusia yang ketandusan kerohanian memerlukannya.
Oleh itu Islam meletakkan garis-garis panduan hidup untuk merialisasikan apa yang dibutuhkan oleh manusia. Tahukah apabila seseorang insan itu tidak mempunyai agama, mereka akan terasa kosong(gelap) umpama 'bergantung tidak bertali' seperti pohon yang mati kekeringan kerana tiadanya air. Begitulah juga sama ertinya dengan mereka yang tidak mempunyai pegangan agama.
Justeru, berlakulah pelbagai kerosakan akhlak dan kemaksiatan yang berleluasa. Mengapakah kita perlu implementkan Islam itu sebagai sebuah agama yang menyeluruh? Supaya tidak sesat dan terpesong kita dikemudian hari. Sebagai contoh yang utama, terdapat negara-negara yang majoriti penduduknya umat Islam, tetapi tidak mengimplementasikan Islam itu sebagai agama yang utama(rasmi). Kerana itu jugalah berlaku perbalahan, perpecahan, kemusnahan dan segala malapetaka yang mengakibatkan impak negatif atau buruk. Ada sesetengah negara pula mengambil Islam sebagai agama sahaja di mana terdapat dasar pecah dan perintah yang menjadi pemisah antara dunia dan juga akhirat.
Mengapakah perkara ini berlaku? Siapakah yang bersalah? Mana perginya kekuatan ISLAM yang terdapat dalam diri setiap umatnya? Fikirkanlah wahai umat Islam.....kembalilah kepada Islam yang jitu (ad'din)....Kuatkanlah kembali Islam yang telah dipandang enteng oleh musuh-musuhnya.....Perjuangkan Islam dalam menegakkan kebenaran......Menolak Islam beerti kita membelakangkan atau mensyirikkan Allah....Kekuatan manusia terletak pada pegangan agama Islamnya yang tidak rapuh.

ALLAHHUAKBAR x 3 !!!


Kalimah Syahadah

لا إله إلا الله محمد رسول ال
Tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu ialah pesuruh Allah

Fahamikah kita apakah erti secara mendalam ayat di atas? Sedia maklum setiap umat Islam mengerti dan amat memahaminya kerana itulah menunjukkan kita sebagai umat Islam yang taat dan mengenali Allah itu Tuhannya yang satu serta Muhammad itu adalah pesuruhnya. Bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan solat lima waktu siang dan malam, pasti akan menyebut kalimah syahadah ini. Kalimah ini jugalah akan kita sebut diwaktu lidah terkelu lagi membeku kerana dinginnya disaat kematian kita bertemu dengan pencipta-Nya. Kalimah ini jugalah menguatkan rohani dan jasmani kita, iaitu erti kata lain 'spiritual' dalam segenap aspek kehidupan manusia yang beragama Islam. Kalimah ini juga membuatkan kita sentiasa takut akan Allah dan sudah pasti akan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya. (Bagi hamba-hamba Allah yang beriman dan mengerjakan kebaikan). Kalimah ini jugalah membuatkan musuh Islam gentar bila mana mendengarnya. Maka bergetarlah jantung mereka kerana takutkannya.

Jumaat, November 21

Mukaddimah


SUBAHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHHUAKHBAR
Segala puji-pujian buat ALLAH dan Rasulnya...Itulah nama yang teranggung yang tertinggi lagi terpuji.Di mana segala makhluk sekalian alam tunduk dan sujud menyembah serta mengagungkan-Nya.

Itulah ALLAH pencipta alam semesta. Kita selaku umat Islam terlebih lagi umat Muhammad s.a.w yang senantiasa mendapat syafaat Baginda s.a.w. seharusnya meletakkan keyakinan dan kesetiaan yang tinggi tanpa ragu-ragu walau sedikit pun terhadap Allah s.w.t. Setiap saat,detik,masa,nyawa,denyutan nadi, perlulah kita mengharapkan ehsan dan belas kasihan dari Allah agar apa yang dilalui dalam kehidupan kita mendapat rahmat daripada-Nya.

Janganlah kita lupa kepada Allah disaat kita dihujani dengan kemewahan dan kesenangan tetapi berbalik mengingati-Nya disaat kesusahan dan malapetaka yang menimpa diri kita. Ingatlah wahai insan bahawa jika kita melupai Allah walau sesaatpun Allah pasti akan melupakan kita maka disaat itu janganlah kita menyalahkan Allah kerana menolak permintaan hambanya yang hina lagi daif.

Oleh itu, berwaspadalah dengan setiap tindak tanduk kita agar sentiasa didalam hati nurani kita diterangi oleh cahaya Ilahi. Kita tidak akan terlepas dari pandangan Allah s.w.t walau sebesar zarah pun Allah tetap mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani........ingatlah didalam kejahatan dan kemaksiatan yang kita lakukan(nauzubillah), jika kita kembali dengan sebenar-benar takwa dan redha..Allah pasti akan menyayangi kita lebih dari orang-orang beriman tetapi tidak beramal.

Paling penting ialah kita ikhlas dengan Allah pasti Allah akan membantu kita diwaktu buntunya jalan yang kita likui(lalui). Kembali pada Allah...Kembalilah ke jalan yang diredhai..Kembalilah dengan mengenal dan mendalami Islam iaitu ad'din.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga