Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Khamis, November 27

Semaikan Dalam Hati 'Kalimah Allah'



"Sudah terang lagi bersuluh...masakan lagi hati pekat berdakwat..." Dalami maksud ini bagi mereka-mereka yang bijaksana dan senantiasa berfikir akan Allah.


Dijadikan oleh Allah dari segumpal tanah, lalu disaripati menjadi air mani, kemudian digumpal menjadi darah...lalu dari darah menjadi segumpal daging...lalu terbentuklah tulang -belulang diselaputi oleh daging...maka terjadilah sesuatu makhluk yang istimewa iaitu manusia. 'Subahanallah' Maha Suci Allah..'Allahhuakhbar' Allah Maha Besar yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Maka perlulah kita beringat dan jangan alpa dari mana asal usul kita.


Dari mana datangnya kita dan janganlah kita diibaratkan 'kacang melupakan kulit'. Jangan kita menjadi syaitan & iblis yang lupa asal usul mereka dan juga makhluk yang tidak menerima akan kejadian kita yang bergelar insan. Kini kita sering bertuankan nafsu (hati gelap,hitam,malap) dan juga syaitan yang direjam. Hilang sinar cahaya kalimah Allah dalam hati kita oleh kerana tak tercapainya akal kita untuk melawan kehebatan & kekuatan nafsu, tambahan pula dari godaan syaitan. Mana perginya hati kita yang kudus sejak dilahirkan dalam keadaan suci lagi bersinar? Mana perginya didikan agama oleh ibu-bapa & guru-guru yang tersemai lagi tersemat di dada? Atau adakah selama ini permulaan hidup kita hanya sandiwara dan tipu daya semata-mata?


Fikirkanlah wahai sahabat ISLAMku. Cubalah kita bawa sejenak untuk bermuhasabah di mana letaknya diri kita ini pada pandangan Allah s.w.t dan bukan pada mata atau penglihatan teman lelaki(boyfriends agaknya),teman wanita (awekslah konon), bos-bos(bagi kaki pengampu),pemimpin-pemimpin(gologan yang menipu), atau sebaliknya kerana mereka juga manusia yang hina lagi lemah.


Tapi kini bukan itu yang dicari oleh kita.....termasuklah diriku sendiri...oleh kerana atas kelalaian dan ketaksuban mencari harta kekayaan pangkat dan sebagainya...kita lupa meletak serta meluruskan hati kita dalam mengingati Allah s.w.t. Mengapa kita kadang-kala dibenci oleh makhluk-makhluk Allah tidak kira pohon-pohon mahupun binatang? Ini kerana tiadanya kalimah Allah dalam hati kita ini. Oleh kerana itu jugalah terdapat pelbagai masalah yang kita hadapi.


Oleh itu, marilah kita semai, kita tanam, kita bina semula benih-benih Cinta kepada Allah di dalam sanubari agar ianya melebihi dari kita mencintai dunia dan manusia semata-mata. Bukan beerti kita menolak kesemuanya, tetapi meletakkan Allah yang terutama dan tertinggi di dalam hati kita kerana itulah yang seelok-eloknya. Maka dari situlah kita pula akan memiliki segala-galanya. Bukan sahaja diredhai oleh Allah tetapi disukai oleh seluruh makhluk Allah s.w.t. Bukankah adanya ayat dunia & akhirat? "

Isnin, November 24

Allah itu indah


Lihat bertapa indahnya ALLAH s.w.t. yang tersenggam megah memukau mata melihat kebesaran Allah bila mana nama-Nya sahaja membuatkan bergetarnya badan dan lajunya denyutan jantung orang-orang yang soleh dan solehah. Benarlah kata sesetengah ulama, kita akan merasa takut dan gentar melihat nama Allah..lalu sujud kita memulia dan mengagungkan-Nya. Baru melihat nama-Nya, kita sudah takut. Bagaimana pulakah keadaan kita melihat Allah di padang mashyar nanti? Tidakkah kita akan menjadi teramat-amat takut? Renungkanlah selagi hayat dikandung badan.
Allahhuakhbar!!!
(sumber gambar adalah ehsan daripada wikipedia.org)

Islam itu Ad'din



APAKAH YANG dimaksudkan Islam itu Ad'din? "innaddin naindallah hil islam". Ad'din bermaksud telah sempurna dan lengkap segala-galanya iaitu Islam merupakan satu-satunya agama yang meliputi pelbagai aspek alam & manusia di mana tidak terdapat dalam agama-agama lain yang hanya mempunyai batasan keagamaan.
Islam juga merupakan agama yang restui,diredhai, dirahmati oleh pencipta alam semesta iaitu Allah s.w.t. Mengapa kita perlukan agama? Tidak lain dan tidak bukan ialah sebagai garis panduan hidup dan pedoman setiap insan. Jika dilihat bagi mereka yang bukan Islam juga memerlukan agama untuk memimpin mereka ke arah jalan yang murni. Begitu pentingnya agama oleh segenap umat manusia yang ketandusan kerohanian memerlukannya.
Oleh itu Islam meletakkan garis-garis panduan hidup untuk merialisasikan apa yang dibutuhkan oleh manusia. Tahukah apabila seseorang insan itu tidak mempunyai agama, mereka akan terasa kosong(gelap) umpama 'bergantung tidak bertali' seperti pohon yang mati kekeringan kerana tiadanya air. Begitulah juga sama ertinya dengan mereka yang tidak mempunyai pegangan agama.
Justeru, berlakulah pelbagai kerosakan akhlak dan kemaksiatan yang berleluasa. Mengapakah kita perlu implementkan Islam itu sebagai sebuah agama yang menyeluruh? Supaya tidak sesat dan terpesong kita dikemudian hari. Sebagai contoh yang utama, terdapat negara-negara yang majoriti penduduknya umat Islam, tetapi tidak mengimplementasikan Islam itu sebagai agama yang utama(rasmi). Kerana itu jugalah berlaku perbalahan, perpecahan, kemusnahan dan segala malapetaka yang mengakibatkan impak negatif atau buruk. Ada sesetengah negara pula mengambil Islam sebagai agama sahaja di mana terdapat dasar pecah dan perintah yang menjadi pemisah antara dunia dan juga akhirat.
Mengapakah perkara ini berlaku? Siapakah yang bersalah? Mana perginya kekuatan ISLAM yang terdapat dalam diri setiap umatnya? Fikirkanlah wahai umat Islam.....kembalilah kepada Islam yang jitu (ad'din)....Kuatkanlah kembali Islam yang telah dipandang enteng oleh musuh-musuhnya.....Perjuangkan Islam dalam menegakkan kebenaran......Menolak Islam beerti kita membelakangkan atau mensyirikkan Allah....Kekuatan manusia terletak pada pegangan agama Islamnya yang tidak rapuh.

ALLAHHUAKBAR x 3 !!!


Kalimah Syahadah

لا إله إلا الله محمد رسول ال
Tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu ialah pesuruh Allah

Fahamikah kita apakah erti secara mendalam ayat di atas? Sedia maklum setiap umat Islam mengerti dan amat memahaminya kerana itulah menunjukkan kita sebagai umat Islam yang taat dan mengenali Allah itu Tuhannya yang satu serta Muhammad itu adalah pesuruhnya. Bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan solat lima waktu siang dan malam, pasti akan menyebut kalimah syahadah ini. Kalimah ini jugalah akan kita sebut diwaktu lidah terkelu lagi membeku kerana dinginnya disaat kematian kita bertemu dengan pencipta-Nya. Kalimah ini jugalah menguatkan rohani dan jasmani kita, iaitu erti kata lain 'spiritual' dalam segenap aspek kehidupan manusia yang beragama Islam. Kalimah ini juga membuatkan kita sentiasa takut akan Allah dan sudah pasti akan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya. (Bagi hamba-hamba Allah yang beriman dan mengerjakan kebaikan). Kalimah ini jugalah membuatkan musuh Islam gentar bila mana mendengarnya. Maka bergetarlah jantung mereka kerana takutkannya.

Jumaat, November 21

Mukaddimah


SUBAHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHHUAKHBAR
Segala puji-pujian buat ALLAH dan Rasulnya...Itulah nama yang teranggung yang tertinggi lagi terpuji.Di mana segala makhluk sekalian alam tunduk dan sujud menyembah serta mengagungkan-Nya.

Itulah ALLAH pencipta alam semesta. Kita selaku umat Islam terlebih lagi umat Muhammad s.a.w yang senantiasa mendapat syafaat Baginda s.a.w. seharusnya meletakkan keyakinan dan kesetiaan yang tinggi tanpa ragu-ragu walau sedikit pun terhadap Allah s.w.t. Setiap saat,detik,masa,nyawa,denyutan nadi, perlulah kita mengharapkan ehsan dan belas kasihan dari Allah agar apa yang dilalui dalam kehidupan kita mendapat rahmat daripada-Nya.

Janganlah kita lupa kepada Allah disaat kita dihujani dengan kemewahan dan kesenangan tetapi berbalik mengingati-Nya disaat kesusahan dan malapetaka yang menimpa diri kita. Ingatlah wahai insan bahawa jika kita melupai Allah walau sesaatpun Allah pasti akan melupakan kita maka disaat itu janganlah kita menyalahkan Allah kerana menolak permintaan hambanya yang hina lagi daif.

Oleh itu, berwaspadalah dengan setiap tindak tanduk kita agar sentiasa didalam hati nurani kita diterangi oleh cahaya Ilahi. Kita tidak akan terlepas dari pandangan Allah s.w.t walau sebesar zarah pun Allah tetap mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani........ingatlah didalam kejahatan dan kemaksiatan yang kita lakukan(nauzubillah), jika kita kembali dengan sebenar-benar takwa dan redha..Allah pasti akan menyayangi kita lebih dari orang-orang beriman tetapi tidak beramal.

Paling penting ialah kita ikhlas dengan Allah pasti Allah akan membantu kita diwaktu buntunya jalan yang kita likui(lalui). Kembali pada Allah...Kembalilah ke jalan yang diredhai..Kembalilah dengan mengenal dan mendalami Islam iaitu ad'din.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga