Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Rabu, Februari 10

Kebesaran Allah


Kalimah Allah pada seekor udang yg ditangkap......Maha sucimu ya Allah..aku memuji & memuja keaggunganMu Ya Allah.......

Khamis, Februari 4

Renung-renungkan...........hakikatnya

Isnin, Januari 18

Bergantung Harap....

(sumber wallpaper dari I luv Islam)

Bergantung harap... kepada yang pasti, atau kepada yang tidak pasti?

Ada waktu, dikalaku sedih. Aku bukanlah seorang yang kuat setiap masa. Tetapi aku adalah seorang yang akan berlakon kuat sepanjang masa. Bukan beerti aku membohongi sesiapa, tetapi demi memendamkan penderitaan & keperitan ujian yang diberi. Aku sentiasa berjaga-jaga, agar sesiapa pun tidak akan menyangka yang aku sedang kelemahan..kejatuhan....keparahan.....

Di saat-saat aku sedang sedih, maka aku akan mencari tempat bergantung. Waktu lampau, aku sentiasa meletakkan tempat bergantung harapku kepada ibu bapaku yang tercinta...Tetapi sampai satu jangka masa, mereka pergi jua kembali ke pangkuan Allah yang Maha Esa.(al-fatihah untuk mereka berdua). Kemudian, aku bertemu dengan adik beradiku yang selalu mengambil berat. Tetapi, ternyata sampai juga satu masa, mereka tidak dapat mendengar segala aduanku sepenuh masa kerana mereka sendiri pun tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tidak lama kemudian, aku sandarkan pula kebergantungan ku kepada sahabat..malah sahabt karib...ternyata mereka tidak dapat membantu! Sebaik-baik sahabat yang aku jumpa, belum lagi rasanya ada yang dapat menyahutku, memberikan kekuatan di saat aku kelemahan setiap masa.Di saat aku sedang genting aku sandarkan pada kekasih hatiku yang juga merupakan teman hidupku....ternyata dia juga akur akan kelemahannya dan menambahkan keperitan dalam hatiku jua...tetapi aku pendamkan segalanya demi kebahagian aku dengannya.

Akhirnya, aku tiada tempat untuk mengadu bila bersedih, bila berduka yang teramat lara...jatuh sehingga untuk bangun pun susah kembali... Aku sentiasa merasakan tiada sesiapa yang memahami keadaan dan kondisiku, tiada sesiapa yang boleh membantu, tiada siapa yang boleh aku gantungkan harapanku kepada semua. Fikiranku menjadi sempit dan kosong sehingga aku senantiasa termenung merenung jauh ke masa hadapan.

Agrh!!!!......aduh!!!!
Kepada siapakah yang sepatutnya aku bergantung harap dan serahkan segala kepercayaan ku kepada yang aku harapkan???

aku tercari-cari jawapan kepada soalan ini suatu masa dahulu sehingga kini. Aku berfikir, malah ramai manusia serta sahabat handaiku yang berfikiran seperti aku. Bila kelemahan, mencari tempat untuk bersandar, tetapi tidak berjumpa. Malah ada yang mencari jalan untuk mati!!! Kadang kala ada juga aku berfikiran begitu..."Nauzubillah min zaliq" aku memohon keampunan Tuhanku!!! Akhirnya, hanya gundah, resah, sugul, tekanan, semua itu menghimpit jiwa. Hidup jadi tidak keruan dan terumbang ambing sehingga membawa aku menjadi terasing....

ALLAH…Ya Rahman Ya Rahim....

Itulah jawapan yang aku jumpa. Hal ini kerana, setelah aku berfikir panjang dengan secara mendalam, hidayah Allah datang.....lalu....tiada tempat yang boleh aku sandarkan secara benar, penuh keyakinan, tanpa keraguan, selain ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman,

“ Demikianlan( kebesaran ALLAH), DIAlah yang hak, dan apa sahaja yang mereka seru selain DIA, maka itulah kebatilan, dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Tinggi lagi Maha Besar” Surah Al-Hajj ayat 62.

Sebagai manusia yang saban waktu akan diuji dengan pelbagai cubaan, dugaan, cabaran dan masalah, maka tempat bergantung yang ampuh lagi kuat amat diperlukan bagi menjamin kehidupan sepanjang zaman sehingga kita menghembuskan nafaz yang terakhir di jalan kebenaran.

Justeru, kita perlu bergantung kepada yang tidak akan lemah dan tidak akan mati, lalu kita perlu bersandar kepada yang tidak akan bengkok, kita perlu percaya kepada yang tidak akan menipu dan meninggalkan kita malah dekat dengan kita! Kekuatan, yang mengnyahkan kita dari kelemahan, hanya akan datang dari aslinya kekuatan. Kekuatan yang asli hanyalah kekuatan ALLAH SWT sebagai PENCIPTA kekuatan. Segala kekuatan di dunia ini, yang ada pada gunung, yang ada pada manusia, yang ada pada haiwan, dan segala makhluk di alam ini, hanyalah percikan kecil kekuatanNya. Kepada DIAlah sepatutnya kita menggantungkan harapan kita.

“ALLAH yang menciptakan kamu, kemudian memberikanmu rezeki, lalu mematikan kamu, kemudian menghidupkanmu semula, adakah antara mereka yang kamu sekutukan dengan ALLAH itu dapat berbuat sesuatu sedemikian itu(sebagaimana yang ALLAH lakukan)? Maha Suci DIA dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan” Ar-Rum ayat 40.

Malah, ALLAH SWT tidak akan lemah dengan masalah, tidak akan luput dengan waktu, tidak akan sugul dengan ujian. DIA adalah PENCIPTA kepada semua perkara, dan DIA tidak terganggu dengan apa perkara sekalipun. Tiadalah wujud padaNya masalah. Malah, masalah itu pun wujud adalah kerana DIA mahu mewujudkannya. Jika ALLAH katakan pada masalah itu supaya menghilang, maka masalah itu akan menghilang. KUN kata Allah maka jadilah...Allah aku sandarkan segalanya jiwa dan ragaku......dikaulah tempat aku menaruh segara harapan ku yang kian parah....kepada Engkaulah aku sujud dan tunduk.....

Jadi, ALLAH sememangnya satu-satunya tempat yang layak untuk kita pinta kekuatan. DIA sahaja tempat pergantungan kita yang lemah dan hina ini. DIA yang menguasai masalah, dan menurunkan masalah itu untuk menguji hamba-hambaNya. Jika kita mahu kuat, mahu bangkit dari kelemahan, maka TUAN kepada kekuatan, TUAN kepada kelemahan, dan TUAN kepada masalah inilah yang patut kita cari dan dambarkan segala-galanya.

“ Sesungguhnya ALLAH, DIAlah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh” Surah Adz-Dzariyat ayat 58.

Bila mana di waktu kita dalam kelemahan dan kejatuhan, kita akan suka mengadu. Bila kita mengadu, maka kita suka agar aduan kita itu terjawab. aku amat arif akan rasa sakit hati bila kita mengadu, tetapi aduan kita tidak terjawab. Malah yang lebih memeritkan aduan yang terjawab menambahkan kekecewaan di sanubari...Aku sudah banyak kali mengadu dan meminta belas kepada manusia. Dan banyak kali aku dikecewakan dengan penerimaan mereka.

Tetapi ALLAH SWT, DIA tidak lengah. Bila kita mengadu kepadaNya, secara tidak langsung kita akan terasa tenang dan lapang.

“ dan milik ALLAH meliputi segala rahsia langit dan bumi dan kepadaNya juga segala urusan dikembalikan, maka sembahlah DIA dan bertawakkalah kepadaNya. Dan RABB kamu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan” Surah Hud 123.

DIA amat sayangkan hamba-hambaNya yang meminta. Sehingga DIA sendiri menawarkan kepada kita untuk meminta.

“ Dan RABB kamu berkata, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan” Al-Mu’minuun Ayat 60.

DIA jugalah yang meyakinkan kepada kita bahawa, DIA sentiasa dekat dengan kita.

“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan AKU, sesungguhnya AKU adalah amat dekat…” Al-Baqarah ayat 186.

Maka, bukankah ALLAH tempat paling sesuai untuk kita bergantung harap? Tempat paling sesuai untuk kita mengadu segala masalah di dunia? DIA adalah yang paling memberikan perhatian, DIAlah yang akan mendengar tanpa jemu, DIAlah PEMILIK ketenangan, DIAlah PEMILIK kesusahan. DIAlah segala-galanya. Bergantung kepadaNya, adalah satu pergantungan tanpa kecewa malah ketenangan sepanjang masa...

Oh Allah Ya Rahman Ya Rahim...di kala aku menangis penuh kekecewaan.....aku menyandarkan itu padaMu.....

Dikau Bagiku dengan seribu ketenangan jiwa.......

Di waktu aku ditimpa musibah sehingga aku tenggelam kehinaan....aku sandarkan itu juga padaMu.....

Lalu DiKau berikan hidayah dan sinar padaku......

Sujudlah pada Allah Tuhan Sekalian alam......Tangislah dengan tangisan kerana mengharapkan kasih dan sayang Allah dan bukan pada makhluknya.....kerana Allah itu kekal dan memiliki segala-galanya.....

Amin Ya Allah....

Allahu Allah Muhammad Ya Rasulullah saw


Jumaat, Januari 8

Ulama' Pewaris Nabi Muhammad saw - Mujaddid

Tercatat dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepimpinannya. Alah membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga para pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah di bawah pimpinannya. Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepada mereka ini dalam memperjuangkan agama Allah.

Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Para pengikut mereka pula walaupun sedikit, tetapi sangat taat, setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam di dalam jemaah.

Antara Para mujaddid yang telah diutus dalam membentuk akidah umat Islam:-

Sudah ada sekurang-kurangnya 13 mujaddid yang datang di setiap awal kurun Hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun sejak kewafatan Rasulullah saw. Mereka itu ialah (mengikut susunan kedatangan mereka):

1. Khalifah Umar Ibnu Aziz (mujaddid pertama, datang pada awal kurun kedua Hijrah)

2. Imam Syafie.

3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Ibnu Suraij Al Iraqi

4. Imam Al Baihaqi dan Syeikh Abdul Hamid Isfaraini As Syafie

5. Imam Al Ghazali

6. Imam Fakhrurrazi

7. Ibnu Daqiqi'ld

8. Al Balqini

9. Imam As Sayuti

10. Imam Muhammad Ar Ramli

11. Abdullah Salim Al Basri

12. Ad Dardiri

13. Asy Syarqawi

Khalifah Umar Ibnu Aziz : Kedatangannya dalam kelompok umat Islam ialah untuk memperbaharui sistem pemerintahan yang sudah rosak di zamannya. Keadilan, ketaqwannya dan kewarakkan mampu menundukkan manusia kepada Allah swt, bahkan "kambing dan serigala pun dapat berkawan".

Imam Syafie: Beliau datang untuk mengaktifkan/mengembalikan semula amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad dan bagaimana mengistinbatkan hukum. Keluarlah darinya penemuan-penemuan serta kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk umat Islam di zaman itu. Penemuan kaedah ini janganlah kita anggap hasil fikiran atau hasil pengajian Imam Syafie di zamannya. Tetapi, Sebenarnya bila Allah dan Rasul isytiharkan adanya mujaddid di setiap awal kurun, ertinya mujaddid itu di kawal dan ditentukan oleh Allah dan Rasul. Apa yang datang dari mereka itu adalah susunan dan ciptaan Allah dan Rasul.

Imam Ghazali: Menyatukan semula syariat, tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah.
Gabungan 3 bidang ilmu ini yang dibuat dalam Al Quran dan Hadis oleh Allah dan Rasul terpecah-pecah dalam beberapa kurun kemudian. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasul-lah yang membetulkan semula kerosakan dengan cara menghantar orang-Nya selaku mujaddid.

Imam Abu Hassan Asyaari: Mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah berdasarkan dalil aqli dan naqli. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20.

Imam Fakhruddin Ar Razi: Menghuraikan cara bagaimana kaedah mentafsirkan Al Quran dan bagaimana menghuraikan maksud-maksud yang halus dan tersirat daripada ayat Al Quran.

Imam As Sayuti: Menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad.

Demikianlah di antara karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada para mujaddid untuk membangunkan atau menghidupkan agama di awal setiap kurun. Di sini kita dapat berfikir, terhadap orang-Nya masakan Allah, Rasul tidak berhubungan, sedangkan misi mujaddid adalah misi Allah dan Rasul. Ini juga adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas kewafatan baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka sentiasa bersama roh Rasulullah SAW.

Para mujaddid sebenarnya adalah umpama/diibaratkan para nabi di zaman ada nabi. Iaitu perananya bukan membawa kepada syariat baru, tetapi mereka menyampaikan syariat Rasulullah SAW untuk setiap 100 tahun sekali supaya setiap umat Islam sepanjang 100 tahun itu mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan keadilan Allah supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api Neraka. Justeru itu sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk sama ada rasul, nabi atau mujaddid tapi tidak mengikut petunjuknya maka dia tidak akan selamat hidupnya di dunia mahupun Akhirat.

Allahu Allah Muhammad ya Rasulullah saw

Khamis, Januari 7

Isu Penggunaan Kalimah 'Allah' oleh orang Kafir

Semua makhluk berhak menyebut dan mempergunakan nama Allah, kerana Allah tuhan Alam semesta.
Tetapi persoalan nya Allah yang di maksudkan Islam dengan Allah yang di maksudkan Kristian berbeza dan tidak serupa.Yang di maksudkan Allah oleh Kristian ialah "tuhan 3 dalam satu (Trinity)".
Dan bagaimana pula di kuil, gambar dan patung patung Hindu dan Buddha bila di panggil Allah? Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat Islam yang tipis Iman dan Ilmu nya.
Lihat di Indonesia nama Allah bebas di gunakan oleh agama bukan Islam.Hasilnya kedudukan agama Islam di sana jadi bercelaru.Satu contoh kecelaruan, orang Islam dan Kristian boleh kahwin tanpa perlu menukar agama kerana masing masing mengaku menyembah Allah.Lepas itu anak anak mereka boleh pilih agama mana hendak ikut.Agama bapa nya atau agama ibu nya.Tidak kah ini sudah jadi keluarga celaru?
Dari keluarga celaru terbina pula rakyat celaru dan akhirnya di peringkat negara bagaimana pula? Boleh kah kita sebut negara IslamKristian atau negara KristianIslam?
Kalau begini jadi nya di mana kah letak nya kedaulatan agama wahyu agama Islam agama Allah nanti? Apabila sesiapa sahaja boleh pergunakan dan peralatkan perkara perkara yang berkaitan dengan nama Allah?

Apa yang saya lihat dan persoalkan ada lah penggunaan nama Allah dari sudut amali nya oleh bukan Islam.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga kesucian nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya.
Bagi bukan Islam apa guna di sebalik nama Allah sedangkan mereka tidak faham dan kenal siapa itu Allah.Sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenali siapa itu Allah maka tidak layak lah untuk mereka menggunakan nama Allah.
Sedangkan kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah atau agama bagi orang yang menggunakan nya.

Kesimpulan:

  • Sudah tentu "tuhan 3 dalam satu" tuhan agama Kristian bukan tuhan Allah. Maka dalam konteks ini mereka tidak boleh guna nama Allah.
  • Sudah tentu tuhan patung agama Hindu dan Buddha bukan tuhan Allah.Maka mereka tidak boleh sebut Allah merujuk kepada patung patung tersebut.
  • Apa untung nya Umat Islam di Malaysia jika nama Allah di benarkan di guna oleh bukan Muslim?
  • Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah.Dan menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?
  • Orang Kristian tidak perlu menamakan tuhan mereka itu Allah kerana tidak tersebut di dalam bible tuhan mereka namanya Allah.Dalam kitab agama Hindu dan Buddha langsunglah tidak wujud nama Allah.
  • Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah? .Sudah tentu mereka ada ajenda.Mungkin untuk mempermudahkan kerja dakyah mereka memurtadkan orang Islam dengan memperguna atau memperalatkan nama ALLAH.
  • Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo tulisan Allah.Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaan nya.Siapa nanti akan keliru?
  • Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada hukum berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di bawa ke dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak jadi masaalah, mereka boleh bawa nama Allah kemana mana sahaja mereka suka, ke tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum hukum Islam .
Penjelasan Oleh Dato' Dr. Haron Din tentang Isu ini:-


Rabu, Januari 6

Isu Murtad

Apa yang saya ingin bincang dan paparkan pada petikan kali ini adalah merupakan isu murtad yang kian meruncing di kalangan remaja kita terumatanya ialah golongan wanita/perempuan yang seringkali dijadikan bahan pemurtadan oleh orang kafir/musuh-musuh Islam dalam merangka misi dan visi mereka.

Tahukah kita bahawa mereka (orang kafir/ahli biara) ini mempunyai misi dan ideologi dalam memurtadkan orang-orang Islam kita kini. Pelbagai teknik dan cara hasutan yang dilakukan oleh mereka (ahli biara) dalam melaksanakan tujuan dan misi mereka ini selain dari mengambil kesempatan atas kelemahan kita (orang Islam - muslim/muslimat) kerana rapuhnya iman dan taqwa di dada.

Di Indonesia, kadar statistik Islam mereka semakin merundum jatuh hingga 90% kerana proses pemurtadan dan pertukaran agama Islam ke agama Katolik (Kristian) semakin banyak di kalangan remaja. Menurut kajian, remaja - remaja Islam yang telah berjaya dimurtadkan oleh pihak biara ini adalah dari kalangan orang - orang yang susah, miskin, mengalami masalah keluarga, kesempitan kewangan dan sebagainya. Terdapat juga dari golongan kaya yang kebanyakkannya ialah kalangan wanita/perempuan.

Begitu juga di Malaysia yang secara tidak sedar kita masih lagi kabur, walhal ia sebenarnya sedang meruncing dan sangat berbahaya kepada umat Islam di Malaysia yang hanya dipandang enteng oleh pemimpin-pemimpin negara kita. Tambah merisaukan lagi ialah konsep satu Malaysia satu bangsa serta satu negara ini akan menguatkan lagi pihak biara dalam merangka strategi mereka ini.

Mengapa isu ini amat mudah berlaku dan senangnya proses menukar agama Islam ke agama lain? Hal ini kerana Malaysia sendiri mengamalkan sistem pentadbiran Barat termasuk Mahkamah yang tidak boleh membuat keputusan secara adil dan saksama. Seolah - olah Sistem pentadbiran Islam ini dipisahkan secara total!!! Sebagai contoh kita lihat isu mahkamah yang pecahkan kepada sivil dan syariah. Walaubagai manapun mahkamah syariah bukanlah syariah yang menjalankan syariat Islam tetapi sama juga mengikut sistem 'Biara' Barat daripada orang-orang Kafir dan Yahudi ini.

Secara terang dan jelas sudah nampak kelemahan sistem itu sendiri yang memainkan peranan penting dalam perlaksaan sesuatu proses itu. Kita tidak boleh salahkan para ulama' dan golongan ahli-ahli agama kerana kemampuan mereka terbatas atas desakan kuasa pemerintah-pemerintah zalim masa kini. Mereka (ulama & ahli-ahli Ugama) ini sentiasa merintih, sedih dan berjuang habis-habisan demi memartabatkan moral umat Islam sejagat. Tetapi masih lagi tidak mendapat tempat dan perhatian di negara kita oleh rakyat dan pemimpin itu sendiri. Malah terdapat pula golongan ahli Ugama palsu yang menyatakan yang salah itu benar dan benar itu salah!!!

Bukankah Allah melarang, menegaskan dalam al-quran iaitu 'menghalalkan sesuatu perkara yang haram'. Boleh rujuk - (surah 2,Al Baqarah, ayat 172-173), (surah 5, Al Maidah, ayat 1-5), dan (surah 6 - Al An'am, ayat 121). Mengapa lagi harus ada penafian? Mengapa ada lagi penentangan? Mengapa lagi harus menutup mata tentang isu murtad ini?

Sebagai renungan, walaupun cerita ini agak lapuk tetapi kita sebagai umat Islam harus ingat hampir setiap tahun ada saja golongan umat Islam yang berjaya dimurtadkan oleh ahli Biara laknatullah di serta dunia ini.

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

Tapi tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU (ahli biara/kristian), dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

Namun, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz tersebut mula membaca kalam-kalam Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM. Ini juga merupakan salah satu strategi ahli biara dalam memurtadkan umat Islam ini terlebih lagi golongan wanita.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca kalam-kalam Allah.

NAMUN bagi perempuan-perempuan/wanita muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan
unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini,saya mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan surah al-Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah swt sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan yang direjam!!!

Saranan saya juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dibiarkan habis dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah swt dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.


Tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang Melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan.Begitu juga dengan kes Lina Joy dan beberapa orang lagi yang terkenal. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya.

Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Amin Ya Allah...lindunglah kami semua dari Syaitan yang di rejam dan golongan kafir dilaknatmu...Kami menyerahkan diri kami kepadaMU ya Allah agar kami sentiasa dibawah RahmatMU dan syafaat Nabi Muhammad saw.

Allah hu Allah Muhammad ya Rasulullah saw.........


Isnin, Januari 4

Tabiat yang perlu dielakkan


10 Tabiat/Perilaku Yang Menyebabkan Otak Menjadi Lembab & Lemah

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa
n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga