Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Isnin, Februari 2

Pakaian harus dijaga ketika Solat

Isu petikan di atas............diterjemahkan di bawah ini...

Aurat lelaki lutut hingga pusat, Jika terbuka aurat batallah solat seperti gambar bekernaan. Bila sujud baju tadi terangkat ke atas kerana baju yang dipakai pendek. Aksi berkenaan biasa kita lihat. Jangan anda terlibat sama!!! Wassalam....

Natijahnya, kita sering memperlekehkan isu pakaian di dalam solat. Kita juga menganggap jika cukup syarat termasuk rukun solat..bahawa ianya adalah sah. Tetapi jika pakaian kita terkena najis atau kotor atau terdapat perkataan-perkataan yang lucah atau sebaliknya, maka solat kita juga tidak sah. Jauh sekali untuk diterima oleh Allah s.w.t.

Kita pula sering menitik beratkan soal pakaian ketika berjumpa dengan teman wanita/lelaki, orang-orang kenamaan atau bos-bos kita..tetapi kita lupa bahawa ada yang lebih dan Maha besar dari itu yang kita tiap-tiap hari 5 kali sehari menghadap-Nya iaitu Allah s.w.t. Mengapa perkara itu sering dipandang enteng oleh masyakarat Islam kita. Terlebih lagi ianya adalah kaum Melayu Islam.

Mengapa ianya berlaku? Kita tanyalah iman kita sendiri. Walhal kita sendiri tahu bahawa Allah itu cantik dan Allah juga sukakan kecantikkan. Perlu diingatkan bahawa jika diakhirat atau disaat kematian kelak kita sewaktu bertemu dengan Allah sudah pasti Allah akan menjaga kita dengan keadaan dengan cantik. Ini kerana sewaktu di dunia dahulu kita sering menghadap Allah dengan pakaian dan wangian yang cantik sewaktu menghadap Allah. Maka jika sebaliknya yang kita lakukan..adakah kita juga akan mendapat balasan yang baik dari Allah s.w.t.?

Wahai saudara Islamku fikir-fikir dan renung-renungkanlah tentang perkara ini. Bukan sedakar untuk kamu semua tetapi untuk diriku jua yang kadang kala alpa oleh kerana diri ini terbelengu dengan bisikan syaitan. Marilah kita bersama-sama berpesan-pesan dengan kebaikkan. Amar makruf nahi mungkar......

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga