Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email
Memaparkan catatan dengan label Jihad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jihad. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 8

Ulama' Pewaris Nabi Muhammad saw - Mujaddid

Tercatat dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepimpinannya. Alah membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga para pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah di bawah pimpinannya. Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepada mereka ini dalam memperjuangkan agama Allah.

Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Para pengikut mereka pula walaupun sedikit, tetapi sangat taat, setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam di dalam jemaah.

Antara Para mujaddid yang telah diutus dalam membentuk akidah umat Islam:-

Sudah ada sekurang-kurangnya 13 mujaddid yang datang di setiap awal kurun Hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun sejak kewafatan Rasulullah saw. Mereka itu ialah (mengikut susunan kedatangan mereka):

1. Khalifah Umar Ibnu Aziz (mujaddid pertama, datang pada awal kurun kedua Hijrah)

2. Imam Syafie.

3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Ibnu Suraij Al Iraqi

4. Imam Al Baihaqi dan Syeikh Abdul Hamid Isfaraini As Syafie

5. Imam Al Ghazali

6. Imam Fakhrurrazi

7. Ibnu Daqiqi'ld

8. Al Balqini

9. Imam As Sayuti

10. Imam Muhammad Ar Ramli

11. Abdullah Salim Al Basri

12. Ad Dardiri

13. Asy Syarqawi

Khalifah Umar Ibnu Aziz : Kedatangannya dalam kelompok umat Islam ialah untuk memperbaharui sistem pemerintahan yang sudah rosak di zamannya. Keadilan, ketaqwannya dan kewarakkan mampu menundukkan manusia kepada Allah swt, bahkan "kambing dan serigala pun dapat berkawan".

Imam Syafie: Beliau datang untuk mengaktifkan/mengembalikan semula amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad dan bagaimana mengistinbatkan hukum. Keluarlah darinya penemuan-penemuan serta kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk umat Islam di zaman itu. Penemuan kaedah ini janganlah kita anggap hasil fikiran atau hasil pengajian Imam Syafie di zamannya. Tetapi, Sebenarnya bila Allah dan Rasul isytiharkan adanya mujaddid di setiap awal kurun, ertinya mujaddid itu di kawal dan ditentukan oleh Allah dan Rasul. Apa yang datang dari mereka itu adalah susunan dan ciptaan Allah dan Rasul.

Imam Ghazali: Menyatukan semula syariat, tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah.
Gabungan 3 bidang ilmu ini yang dibuat dalam Al Quran dan Hadis oleh Allah dan Rasul terpecah-pecah dalam beberapa kurun kemudian. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasul-lah yang membetulkan semula kerosakan dengan cara menghantar orang-Nya selaku mujaddid.

Imam Abu Hassan Asyaari: Mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah berdasarkan dalil aqli dan naqli. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20.

Imam Fakhruddin Ar Razi: Menghuraikan cara bagaimana kaedah mentafsirkan Al Quran dan bagaimana menghuraikan maksud-maksud yang halus dan tersirat daripada ayat Al Quran.

Imam As Sayuti: Menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad.

Demikianlah di antara karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada para mujaddid untuk membangunkan atau menghidupkan agama di awal setiap kurun. Di sini kita dapat berfikir, terhadap orang-Nya masakan Allah, Rasul tidak berhubungan, sedangkan misi mujaddid adalah misi Allah dan Rasul. Ini juga adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas kewafatan baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka sentiasa bersama roh Rasulullah SAW.

Para mujaddid sebenarnya adalah umpama/diibaratkan para nabi di zaman ada nabi. Iaitu perananya bukan membawa kepada syariat baru, tetapi mereka menyampaikan syariat Rasulullah SAW untuk setiap 100 tahun sekali supaya setiap umat Islam sepanjang 100 tahun itu mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan keadilan Allah supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api Neraka. Justeru itu sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk sama ada rasul, nabi atau mujaddid tapi tidak mengikut petunjuknya maka dia tidak akan selamat hidupnya di dunia mahupun Akhirat.

Allahu Allah Muhammad ya Rasulullah saw

Selasa, Disember 8

Pejuang Agama? Sejauh mana kefahaman mereka?


Petikan Syarah Kitab Futuhat Al Makkiyyah : Semuga kita sama-sama mendapat pelajaran dan mengetahui mana yang haq dan mana yang batil. Wallahu a`lam.

Ilmu pengetahuan dan perkembangan kerohanian

Ilmu pengetahuan zahir mengenai benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas bahagian dan ilmu pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan di kalangan orang awam dan orang khusus, hamba-hamba Allah yang sejati, menurut kadar keupayaan dan kebolehan mereka.

Bagi tujuan yang berkaitan dengan kita pembicaraan ilmiah mengenai ini dibuat dalam empat bahagian. Bahagian pertama melibatkan peraturan agama, mengenai kewajipan dan larangan berhubung dengan perkara-perkara dan peraturan-peraturan di dalam dunia ini. Kedua menyentuh soal pengertian atau maksud dalaman serta tujuan kepada peraturan-peraturan tersebut dan bahagian ini dinamakan bidang kerohanian iaitu pengetahuan mengenai perkara-perkara yang tidak nyata. Ketiga mengenai hakikat kerohanian yang tersembunyi yang dinamakan kearifan. Keempat mengenai hakikat dalaman kepada hakikat iaitu mengenai kebenaran yang sebenar-benarnya. Manusia yang sempurna perlu mempelajari semua bidang atau bahagian tersebut dan mencari jalan ke arahnya.

Nabi s.a.w bersabda, "Agama ialah pokok, kerohanian adalah dahannya, kearifan (makrifat) adalah daunnya, kebenaran (hakikat) adalah buahnya. Quran dengan ulasannya, keterangannya, terjemahannya dan ibarat-ibaratnya mengandungi semuanya itu". Di dalam buku al-Najma perkataan-perkataan tafsir, ulasan dan takwil serta terjemahan melalui ibarat dimengertikan sebagai: ulasan terhadap Quran adalah keterangan dan perincian bagi faedah kefahaman orang awam, sementara terjemahan melalui ibarat adalah keterangan tentang maksud yang tersirat yang boleh diselami melalui tafakur yang mendalam serta memperolehi ilham sebagaimana yang dialami oleh orang-orang beriman yang sejati. Terjemahan yang demikian adalah untuk hamba-hamba Allah yang khusus lagi teguh, berterusan di dalam suasana kerohanian mereka dan teguh dengan pengetahuan yang membolehkan mereka membuat pertimbangan yang benar. Kaki mereka teguh berpijak di atas bumi sementara hati dan fikiran mereka menjulang kepada ilmu ketuhanan. Dengan rahmat Allah keadaan berterusan begini yang tidak bercampur dengan keraguan di tempatkan di tengah-tengah hati mereka. Hati yang teguh dalam suasana ini bersesuaian dengan bahagian kalimah tauhid "La ilaha illa Llah", pengakuan terakhir keesaan.

"Dia jualah yang menurunkan Kitab kepada kamu. Sebahagiannya adalah ayat-ayat yang menghukum, iaitu ibu-ibu bagi Kitab, dan (sebahagian) yang lain adalah ayat-ayat yang perlukan takwil. Adapun orang-orang yang di hati mereka ada kesesatan mencari-cari apa yang ditakwil daripadanya kerana hendak membuat fitnah dan kerana hendak membuat takwilnya sendiri padahal tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang teguh kuat di dalam ilmu berkata, ‘Kami beriman kepadanya (kerana) semua itu daripada Tuhan kami', dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang mempunyai fikiran". (Surah Imraan, ayat 7)

Jika pintu kepada ayat ini terbuka akan terbuka juga semua pintu-pintu kepada alam rahsia batin.

Hamba Allah yang sejati berkewajipan melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada larangan-Nya. Dia juga perlu menentang ego dirinya dan membendung kecenderungan jasad yang tidak sehat. Asas penentangan ego terhadap agama adalah dalam bentuk khayalan dan gambaran yang bercanggah dengan kenyataan. Pada peringkat kerohanian ego yang khianat itu menggalakkan seseorang supaya memperakui dan mengikuti sebab-sebab dan rangsangan yang hanya hampir dengan kebenaran (bukan kebenaran yang sejati), walaupun ianya risalat nabi dan fatwa wali yang telah diubah, juga mengikuti guru yang pendapatnya salah. Pada peringkat makrifat ego cuba menggalakkan seseorang supaya memperakui kewalian dirinya sendiri malah ego juga mengheret seseorang kepada mengakui ketuhanannya - dosa paling besar menganggapkan diri sendiri sebagai bersekutu dengan Allah. Allah berfirman:

"Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan.." (Surah Furqaan, ayat 43).

Tetapi peringkat kebenaran sejati adalah berbeza. Ego dan iblis tidak boleh sampai ke sana. Malah malaikat juga tidak sampai ke sana. Sesiapa sahaja kecuali Allah jika sampai ke sana pasti terbakar. Jibrail berkata kepada Nabi Muhamamd s.a.w pada sempadan peringkat ini, "Jika aku mara satu langkah lagi aku akan terbakar menjadi abu".

Hamba Allah yang sejati bebas daripada perlawanan egonya dan iblis kerana dia dilindungi oleh perisai keikhlasan dan kesucian.

"Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan". (Surah Shad, ayat 82 & 83).

Manusia tidak dapat mencapai hakikat kecuali dia suci murni kerana sifat-sifat keduniaannya tidak akan meninggalkannya sehinggalah hakikat menyata dalam dirinya. Ini adalah keikhlasan sejati. Kejahilannya hanya akan meninggalkannya bila dia menerima pengetahuan tentang Zat Allah. Ini tidak dapat dicapai dengan pelajaran; hanya Allah tanpa pengantaraan boleh mengajarnya. Bila Allah Yang Maha Tinggi sendiri yang menjadi Guru, Dia kurniakan ilmu yang daripada-Nya sebagaimana Dia lakukan kepada Khaidhir. Kemudian manusia dengan kesedaran yang diperolehinya sampai kepada peringkat makrifat di mana dia mengenali Tuhannya dan menyembah-Nya yang dia kenal.

Orang yang sampai kepada suasana ini memiliki penyaksian roh suci dan dapat melihat kekasih Allah, Nabi Muhamamd s.a.w. Dia boleh bercakap dengan baginda s.a.w mengenai segala perkara daripada awal hingga ke akhirnya dan semua nabi-nabi yang lain memberikannya khabar gembira tentang janji penyatuan dengan yang dikasihi. Allah menggambarkan suasana ini:

"Kerana Barangsiapa taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka beserta orang-orang yang diberi nikmat daripada nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan salihin dan Alangkah baiknya mereka ini sebagai sahabat rapat". (Surah Nisaa' ,ayat 69).

Orang yang tidak boleh menemui pengetahuan ini di dalam dirinya tidak akan menjadi arif walaupun dia membaca seribu buah buku. Nikmat yang boleh diharapkan oleh orang yang mempelajari ilmu zahir ialah syurga; di sana semua yang dapat dilihat adalah kenyataan sifat-sifat Ilahi dalam bentuk cahaya. Tidak kira bagaimana sempurna pengetahuannya tentang perkara nyata yang boleh dilihat dan dipercayai, ia tidak membantu seseorang untuk masuk kepada suasana kesucian dan mulia, iaitu kehampiran dengan Allah, kerana seseorang itu perlu terbang ke tempat tersebut dan untuk terbang perlu kepada dua sayap. Hamba Allah yang sejati adalah yang terbang ke sana dengan menggunakan dua sayap, iaitu pengetahuan zahir dan pengetahuan batin, tidak pernah berhenti di tengah jalan, tidak tertarik dengan apa sahaja yang ditemui dalam perjalanannya. Allah berfirman melalui rasul-Nya:
"Hamba-Ku, jika kamu ingin masuk kepada kesucian berhampiran dengan-Ku jangan pedulikan dunia ini ataupun alam tinggi para malaikat, tidak juga yang lebih tinggi di mana kamu boleh menerima sifat-sifat-Ku yang suci".

Dunia kebendaan ini menjadi godaan dan tipu daya syaitan kepada orang yang berilmu. Alam malaikat menjadi rangsangan kepada orang yang bermakrifat dan suasana sifat-sifat Ilahi menjadi godaan kepada orang yang memiliki kesedaran terhadap hakikat. Sesiapa yang berpuas hati dengan salah satu daripada yang demikian akan terhalang daripada kurniaan Allah yang membawanya hampir dengan Zat-Nya. Jika mereka tertarik dengan godaan dan rangsangan tersebut mereka akan berhenti, mereka tidak boleh maju ke hadapan, mereka tidak boleh terbang lebih tinggi. Walaupun matlamat mereka adalah kehampiran dengan Pencipta mereka tidak lagi boleh sampai ke sana. Mereka telah terpedaya, mereka hanya memiliki satu sayap.

Orang yang mencapai kesedaran tentang hakikat yang sebenar, menerima rahmat dan kurniaan dari Allah yang tidak pernah mata melihatnya dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah hati mengetahui namanya. Inilah syurga kehampiran dan keakraban dengan Allah. Di sana tidak ada mahligai permata juga tidak ada bidadari yang cantik sebagai pasangan. Semoga manusia mengetahui nilai dirinya dan tidak berkehendak, tidak menuntut apa yang tidak layak baginya. Saidina Ali r.a berkata, "Semoga Allah merahmati orang yang mengetahui harga dirinya, yang tahu menjaga diri agar berada di dalam sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak menghabiskan masanya dan umurnya di dalam sia-sia".

Orang yang berilmu mestilah menyedari bahawa bayi roh yang lahir dalam hatinya adalah pengenalan mengenai kemanusiaan yang sebenar, iaitu insan yang sejati. Dia patut mendidik bayi hati, ajarkan keesaan melalui berterusan menyedari tentang keesaan - tinggalkan keduniaan kebendaan ini yang berbilang-bilang, cari alam kerohanian, alam rahsia di mana tiada yang lain kecuali Zat Allah. Dalam kenyataannya di sana bukan tempat, ia tidak ada permulaan dan tidak ada penghujung. Bayi hati terbang melepasi padang yang tiada berkesudahan itu, menyaksikan perkara-perkara yang tidak pernah dilihat mata sebelumnya, tiada sesiapa bercerita mengenainya, tiada sesiapa boleh menggambarkannya. Tempat yang menjadi rumah kediaman bagi mereka yang meninggalkan diri mereka dan menemui keesaan dengan Tuhan mereka, mereka yang memandang dengan pandangan yang sama dengan Tuhan mereka, pandangan keesaan. Bila mereka menyaksikan keindahan dan kemuliaan Tuhan mereka tidak ada apa lagi yang tinggal dengan mereka. Bila dia melihat matahari dia tidak dapat melihat yang lain, dia juga tidak dapat melihat dirinya sendiri. Bila keindahan dan kemurahan Allah menjadi nyata apa lagi yang tinggal dengan seseorang? Tidak ada apa-apa!

Nabi s.a.w bersabda, "Seseorang perlu dilahirkan dua kali untuk sampai kepada alam malaikat". Ia adalah kelahiran maksud daripada perbuatan dan kelahiran rohani daripada jasad. Kemungkinan yang demikian ada dengan manusia. Ini adalah keanehan rahsia manusia. Ia lahir daripada percampuran pengetahuan tentang agama dan kesedaran terhadap hakikat, sebagaimana bayi lahir hasil daripada percampuran dua titik air.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang Kami berikan percubaan kepada mereka, iaitu Kami jadikan dia mendengar dan melihat". (Surah Insaan, ayat 2).

Bila maksud menjadi nyata dalam kewujudan ia menjadi mudah untuk melepasi bahagian yang cetek dan masuk ke dalam laut penciptaan dan membenamkan dirinya ke dasar hukum-hukum peraturan Allah. Sekalian alam kebendaan ini hanyalah satu titik jika dibandingkan dengan alam kerohanian. Hanya bila semua ini difahamkan maka kuasa kerohanian dan cahaya keajaiban yang bersifat ketuhanan, hakikat yang sebenar-benarnya, memancar ke dalam dunia tanpa perkataan tanpa suara.

Rabu, Januari 28

Yahudi Hina!!! Bebaskan Palestine!!!



Ya Allah Bantulah rakyat Palestin & pejuang-pejuang Islam dalam memerangi Yahudi(Israel Zionis) yang celaka lagi hina ini. Tolonglah wahai ya Allah..hantarkanlah tentera-tenteramu dalam membantu saudara Islamku ini. Kami saudara Islam Malaysia sujud memminta pertolongan dariMU ya Allah yang Maha Besar lagi Maha Hebat! Kerana itulah yang termampu oleh kami untuk memohon pertolongan kepadaMU ya Allah. Tolonglah Bantu Islam Palestin. Berikanlah sinar cahaya di dalam setiap hati saudara Islam yang mampu meruntuhkan Kaum Israel yang dilaknat!....

Ya Allah Kami bermohon kepadaMU dengan seikhlas hati kami..bantulah saudara Islam kami di sana.......

Allahhuakhbar x3.....!!!

Rabu, Januari 7

Yahudi Laknatullah (Membunuh Ibu yang tidak berdosa)


Wahai Saudara Islam Ku!!!
Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.






"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."
(Marilah kita baca surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga