Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Selasa, November 8

Muhasabah Diri - Jadilah Manusia yang Bersyukur

Sekadar Hiasan



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

 

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

 

Sebelum kita mengeluh tidak punyai apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

 

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk & hodoh,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk & kehodohan/kecacatan di dalam hidupnya.

 

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

 

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

 

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

 

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

 

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

 

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang manusia pun yang tidak berdosa.

 

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup !

 

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

 

Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu seperti mana yang dipetik dari ayat al-quran al- karim : -

Surah Ali Imran: ayat 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

 

Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

 
Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.

Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 18 yang bermaksud:


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tidaklah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga