Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran dan al-Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran dan al-Hadis. Papar semua catatan

Isnin, Februari 23

Keberkatan Surah Yasin


KERBERKATAN SURAH YASIN (DR FATMA ELZAHRAA)


Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri


Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.


Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.


Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.


Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.


Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.


Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).


Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.


Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.


Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.


Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.


Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.


Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.


Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.


Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)


Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.


Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.


Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.


Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."


Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. Wallahualam. 1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 4. Ayat 38 - 12x 5. Ayat 58 - 7x 6. Ayat 82 - 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.


Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.



Selasa, Februari 17

Doa Permudahkan Membayar Hutang


Terjemahan Ayat : (Surah Ali Imran, Ayat 26 - 27)


Katakanlah (Wahai Muhammad): " Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam Kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala Kebaikkan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
"Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke Dalam waktu siang dan Engkaulah Yang memasukkan waktu siang ke Dalam waktu malam. Engkaulah juga Yang mengeluarkan sesuatu Yang hidup dan benda Yang mati, dan Engkaulah Yang mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup. Engkau jualah Yang memberi rezeki kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dengan tiada hitungan hisabnya".

Isnin, Februari 9

Amanah Allah kepada Khalifahnya

(إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً )

[33.72] Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.


Sedangkan langit,bumi dan gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dari Allah. Sedangkan Adam a.s selaku makhluk Allah yang istimewa yakni manusia sanggup menerima amanah dari Allah. Oleh itu apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita janganlah kita mensia-siakankannya supaya kelak nanti tidak kita diazab oleh Allah dengan pedih di akhirat nanti. Amar makruf nahi mungkar adalah amanah yang sangat berat untuk dilaksanankan. Sekurang-kurangnya menengur dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Wallahuallam......

Khamis, Februari 5

Surah al-Kahfi (Renungan)

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)

"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.
"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.

"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Sabtu, Januari 31


Hadis Rasulullah SAW:
Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Manusia diciptakan Allah mempunyai tiga ratus enam puluh ruas. Maka siapa yang membaca takbir, tahmid, tahlil, tasbih dan istighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalanan umum serta mengajak orang kepada kebajikan dan mencegah kepada yang mungkar sebanyak tiga ratus enam puluh kali itu, nescaya dia terhindar dari api neraka pada hari itu."


(Hadis Riwayat Muslim)

Rabu, Disember 24

Al-Quran itu Pembimbing Umat


Maksudnya: "Tidaklah daging-daging(unta yang disembelih/dikorbankan itu) dan darah-darah (yang mengalir itu) dapat mencapai(keredhaan) Allah, akan tetapi ketaqwaan (dalam hati) kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkan untuk kamu supaya kamu (dapat pula) menaggungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikkan." (Surah Al-Hajj, ayat :37)

Pendapat anda apakah kaitannya dengan perkara di atas? Ianya ialah untuk menyedarkan kita bertapa pentingnya al-quran itu dalam segenap aspek kehidupan manusia. Walaupun mereka dari golongan yang bukan Islam. Ini kerana, al-quran bukan sahaja memimbing manusia ke arah kebaikan malah merupakan jalan penyelesaian dalam semua aspek dunia dan akhirat. Maka memang tidak dapat dinafikan lagi, mengapa al-quran itu merupakan penenang jiwa manusia jika dibaca atau difahaminya.

Persoalannya di sini, mengapa kini, dunia masa kini,hebat dengan pelbagai teknologi canggih, politik yang mantap, manusia yang semakin bijak...mengapa mereka menolak al-quran dalam setiap pembangunan yang mereka lakukan? Seolah-olah merekalah serba serbi tahu mengenai hal-hal dunia tanpa merujuk sebuah mutiara agung kalam-kalam Allah (Tuhan sekalian alam) iaitu al-quran. Jumudlah pemikiran umat manusia itu jika mereka menolak al-quran sebagai panduan hidup mereka.

Jika kita lihat akal manusia yang bijak itu, kini tidak lagi menerima pakai al-quran sepenuhnya dan cuma sekadar hiasan perlembagaan agama untuk orang Islam sahaja. Sebenarnya, untuk pengetahuan kita, secara khususnya al-quran sebenarnya untuk umat Islam..tetapi secara umumnya ianya merangkumi untuk setiap umat manusia tidak kira yang Islam mahupun bukan. Oleh itu jika pengamalnya mengamalkanya, maka segala tiadalah berlaku keburukan dalam dunia ini.

Sebagai contoh tidak perlu kita lihat negara-negara luar..lihat dahulu dalam negara kita ini, adakah al-quran itu diguna pakai sepenuhnya dalam setiap perlembagaan dan perlaksanaan sistem dalam negara? Tidak perlulah saya katakan, bagi yang memahami sudah tentu tahu...bagi yang masih terpinga-pinga mencari untuk memahami, cubalah fahami dengan akal anda yang bijak dan waras. Hukum hudud tidak dilaksanakan adalah contoh terbaik bahawa sesebuah negara itu menolak al-quran sebagai panduan hidup. Mereka(pemimpin) pandai berkata-kata bahawa al quran itu tunggak utama. Tetapi mana bukti bahawa ianya dilaksanakan?

Al quran ditolak,hadis ditolak...bagi muzik dan lagu-lagu baru terima lagaknya.Cubalah saudara seIslamku..fikir-fikirkanlah dan bantulah sesama kita dalam bangkit menegakkan syiar Islam. Jangan biarkan Islam hanyut dari dunia..jangan biarkan diri kita ditenggelami oleh arus deras kenikmatan dunia semata-mata..sesekali lihat dan pandanglah jalan untuk ke akhirat. Insyallah kita pasti berjaya suatu hari nanti demi Allah, Rasul dan Islam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga