Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Isnin, Februari 16

Menyambut Hari Valentine!!!



Tahukah anda di mana bermulanya Hari Valentine ini? Tahukah anda juga bahawa hukum menyambutnya adalah haram di sisi Ugama Islam? Perkara ini juga amat tidak disukai oleh Allah s.w.t. Jika tidak disukai oleh Allah sudah tentu ianya perkara yang bertentangan dengan Islam malah boleh memesongkan akidah Islamiah di dalam diri kita.

Ini juga adalah cara orang-orang kafir seperti Yahudi & Nasrani dalam memerangkap minda atau dengan lebih tepat lagi teknik penjelajahan paradigma.

Kini jika kita lihat pada 14February yang lepas ramai saudara Islam kita yang menyambut Hari Berkasih sayang (hari syaitan memerangkap kaum adam & hawa) ini. Malah lebih dari itu bukan setakat berkasih bersayang...tetapi membatasi norma-norma kemanusiaan tanpa mengira mahram serta halal & haram. Terlebih lagi golongan remaja yang jiwanya bergelora dengan cinta dunia!

Tahukah anda juga bahawa menyentuh sesama mahram adalah jauh lebih baik jika anda menyentuh khinzir!!! Seharam-haram binatang itu ada juga penyamaknya. Jika bersentuhan lelaki & wanita yang bukan mahram hasilnya adalah ke neraka jika tidak bertaubat dengan sebenar-benarnya!

Serba sedikit tentang sejarah hari yang membawa bala ini....iaitu ianya diasaskan oleh seorang paderi yang beragama Kristian (St.Valentine) yang pada masa pemerintahan kerajaan Rome (Claudius II). Si St. ini dibunuh bukan akibat cintanya pada seorang budak perempuan tetapi kerana melepaskan orang-orang tahanan Kristian oleh tentera Rome pada masa itu.

Semasa di dalam penjara bermulalah cinta St.Valentine kepada budak perempuan ini kerana banyak membantunya semasa dalam tahanan penjara. Malah ada 'rumors' yang menyatakan bahawa dia telah menulis sepucuk surat dengan sekuntum rose merah yang diberi sebelum dia dibunuh.

Demi memperingati Si St. ini pihak gereja Kristian telah menetapkan tarikh hari berkasih sayang yang kononnya St.Valentine ini dibunuh di bulan February. Juga yang dongengnya Si St. ini seorang yang mulia dan penyayang!!!

Apa yang nak hamba ketengahkan di sini mengapakah Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w atau hari penghijrahan Baginda tidak disambut meriah oleh anak-anak remaja kita malah golongan dewasa seperti ibu bapa juga memperlekehkannya! Orang Islam kita juga! Malah bila hari celaka ini pula yang disambut-sambut dengan kasih sayang dan penuh mesra. Tambahan dapat sambutan dan penajaan dari pihak media di dalam negara kita sendiri? Bukankah perkara ini harus dibendung? Di manakah pemimpin-pemimpin Islam kita? Adakah mereka juga turut bersama menyambutnya? Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segalanya.

Alkisahnya dengan memberi hadiah & sebagainya tanda kasih sayang kita pada sesama manusia. Kemudian bercumbu..seterusnya seks bebas! Apa ini? Bukankah ini satu gejala yang dilaknat oleh Allah! Di mana cinta kita kepada Pencipta? Di mana cinta kita kepada kekasih Allah (Rasulullah s.a.w)?

Dalam satu syair Arab menyebutkan........:-

Cintakan Bunga....bunga itu layu

Cintakan manusia..manusia binasa & mati....

Cintakan dunia...musnah segalanya....

Oleh itu Cintalah Allah yang kekal Abadi...Cintanya tidak berbelah bahagi...malah sehingga ke syurga!

Dalam hadis & quran ada menyatakan bahawa bilamana Allah menciptakan dunia...Allah tidak pernah memandang/melihatnya. Malah siapa yang cintakan dunia....binasalah ia..dan siapa yang cintakan akhirat...bahagialah ia.....

Jika hal ini tidak dibendung rosaklah akidah umat Islam dunia. Kita kata benci pada syaitan! kita kata benci pada Yahudi & orang kafir! Tetapi mengapa kita masih lagi menurut gaya & cara hidup mereka ini? Mengapa? Pandai berkata tapi tidak beramal.......Akan datang di akhir zaman ini terdpat manusia alim/warak yang penipu..terdapat pemimpin beriman tapi tidak beramal...terdapat orang yang bijaksana tetapi bodoh!

Fikirkanlah wahai saudara Islamku bantulah hamba & umat Islam yang kian meruncing dalam membendung serta menyelamatkan saudara-saudara kita. Wahai pemimpin Islam bantulah dalam memperjuangkan Islam tidak kira dipelusuk manapun kita ini...dan demi Islam kita berjuang & demi Allah serta Rasulullah saw kita menegakkan yang hak & batil! Bukankah kita dibawah satu kalimah yang sama "la illah haillallah muhammadar rasulullah'!!!

Wallahuallam.....

Rabu, Februari 11

Polis Wanita Di Iran

Cuba kita lihat alangkah sopannya pegawai polis di negara jiran Islam kita iaitu Iran. Cuba bayangkan perbezaan di antara polis wanita di dalam negara kita? Sudah tentu jauh bukan? Di manakah implemestasi keIslaman di dalam negara kita? Dalam hal ini bukan sahaja undang-undang sesebuah negara yang memainkan peranan penting malah cara perlaksanaannya adalah tunggak utama. Ini jika kita lihat ada yang bertudung dan ada yang tidak. Di manakah penguatkuasaan dari segi elemen Islam itu sendiri? Tepuk dada tanyalah iman......jika ditanya selera kelak membawa kepada kekufuran.....

Wallahuallam



Bukan sekadar hebat...malah melambangkan keunggulan Wanita Islam kepada mata dunia. Inilah yang redhai oleh Allah s.w.t.

Isnin, Februari 9

Amanah Allah kepada Khalifahnya

(إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً )

[33.72] Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.


Sedangkan langit,bumi dan gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dari Allah. Sedangkan Adam a.s selaku makhluk Allah yang istimewa yakni manusia sanggup menerima amanah dari Allah. Oleh itu apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita janganlah kita mensia-siakankannya supaya kelak nanti tidak kita diazab oleh Allah dengan pedih di akhirat nanti. Amar makruf nahi mungkar adalah amanah yang sangat berat untuk dilaksanankan. Sekurang-kurangnya menengur dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Wallahuallam......

Tiada Alasan Untuk Bersolat

Ditepian Jalanan!

Diperhetian landasan Keterapi!

Dipadang Pasir yang panas & terik!

Di Gurun yang Sejuk!

Di Dalam kedai sewaktu meniaga!


Dijalanan!

Sujud memBesarkan Allah!

Tidak kira mana waktu itu hamba Allah berada!


Lalu sujud bila masa & waktu menepatinya!

Tidak kira di atas Kapal dengan laut bergelora!


Dan Di dalam Kapal terbang yang sempit!


Ingatlah wahai sahabat seIslamku.......tidakkah anda tahu, lihat atau sebaliknya..atau anda tidak memperludikan ia......"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" . Hal ini mengingatkan kita kepada mati. Tidakkah aku atau anda sekalian takut akan azab & seksa Allah s.w.t.

Hilang berkat dalam hidup kita jika ditinggalkan solat yang lima waktu dengan hanya lima minit? Bukankah Allah telah mudahkan kita umat Muhammad s.a.w untuk bertemu & memujanya? Dari lima puluh waktu sehingga 5 waktu sahaja. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada umatnya dan kasihnya Allah pada hamba-Nya?

Apa lagi yang kita mahu? Maka solatlah wahai sahabatku...bukan sahaja untuk diriku yang lemah dan hina ini tetapi untuk saudara seIslamku ini.

Marilah berpesan-pesan dengan kebaikkan dan jalan kebenaran!


Khamis, Februari 5

Surah al-Kahfi (Renungan)

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)

"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.
"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.

"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga