Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Isnin, Disember 28

Petua ringkas untuk mendapat 'Hasanah'

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang, anda dapat hasanah.

4.Bantu mendidik seorang anak, anda dapat hasanah.

5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.

6.Berkongsi CD Quran atau Doa, anda dapat hasanah.

7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid, anda dapat hasanah.

8.Tempatkan pendingin air di tempat umum, anda dapat hasanah.

9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.

10. Melakukan perkara mazmudah, anda mendapat hasanah.

Maka dengan setiap perkara kebaikkan yang dilakukan walau sekecil zarah....anda akan mendapat hasanah jika dengan hati yang ikhlas kerana Allah swt.

Wallahuallam, Insya Allah Ilal Liqo'Ma'assalam

Rabu, Disember 23

Pendapat anda? Siapakah Dr. Maza? Ideologinya?

Artikel dibawah yang dipetik ini bukanlah untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sebagai seorang pengikut ahli sunnah wal-jamaah apakah pendapat dan pandangan anda mengenai beliau yang juga seorang pendakwah bebas (a.k.a) mantan kepada mufti besar Perlis tentang minda tajdid yang dijelaskan oleh beliau.

Aku bukanlah seorang yang hebat dari segi agama mahupun segala-galanya dalam ilmu akhirat dan dunia tetapi hanyalah sekadar hamba Allah yang hina dalam memilih jalan hidup ke arah kebaikan dan keadilan. Tetapi, kini telah muncul pelbagai hamba Allah yang cerdik,bijak, pandai, cendekiawan seringkali bertelagah, tuduh menuduh dan bercanggah pendapat mengenai siapakah yang benar-benar berada dijalan yang sebenar-benarnya. Seringkali perbedaan mengenai mazhab, fanatik kepada sesuatu tetapi mencela sesama sendiri!!!

Bukankah mazhab yang empat itu adalah benar-benar mengikut sunnah Rasulullah saw dan al-quran itu sendiri. Terpulang kepada hamba Allah itu untuk mengikut salah satunya dalam menentukan jalan yang benar! Sekurang-kurangnya ada panduan terdapat di dalamnya. Aku bukanlah seorang yang terlalu cenderung dan fanatik kepada mazhab ini, tetapi aku tetap mengikut serta pengikut kepada mazhab syafie di mana aku menjadikan ianya sebagai panduan bagi menlengkapi dalam perjalanan hidup aku ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa al-quran dan sunnah sudah cukup lengkap dan sempurna sebagai panduan dan rujukan dalam hidup ini. Tetapi kita memerlukan golongan ulama' dari susur galur Rasulullah saw, khulafak ar-rasyidin dan para salafus soleh sebagai guru atau pemimpin dalam memberi tunjuk ajar kepada kita agar tidak tersimpang dari jalan yang benar dan lurus serta supaya kita lebih memahami serta mendalami perkara-pekara secara tersurat dan tersirat. Jika kita belajar tanpa panduan dari seorang guru atau dari golongan ulama' maka beginilah akan jadi kepada kita yang lebih kepada daya pemikiran/paradigma teori semata-mata melalui akal dan minda sahaja. Maka ditolaknya daya pemikiran yang ilmiah daripada ulama'-ulama' secara turun-temurun!!!

Walau bagaimanapun aku ada juga mengambil pendekatan kepada mazhab seperti hanafi, maliki dan juga hambali kerana mereka juga merupakan ulama' dan juga tokoh Agama yang hebat dalam Islam. Cuma perbezaan adalah cara & perlaksaan antara mereka ini. Kita sebagai orang biasa dan hina tidak layak mempersoalkan apa yang di bawa oleh mereka ini kerana siapakah kita berbanding mereka di sisi Allah swt. Mereka adalah hamba Allah yang tersangat hebat dan hanya para ulama' yang benar-benar ulama' boleh membicarakan tentang hal ini.

Janganlah kita menimbulkan kekecelaruan dalam agama ini kerana aku pun seringkali tertanya-tanya mengapa dan harus perkara ini berlaku di mana ianya akan menyebabkan pelbagai implikasi kepada kita yang lemah dan banyak kekurangan dari segi agama ini. Ya benar, mereka atau individu tertentu itu seorang yang pandai dan hebat dalam agama serta sebaliknya, maka janganlah kita juga cuba mencari pengikut yang boleh terpedaya sehingga menempelak ahli-ahli sunnah wal-jamaah dan para ulama' yang setelah sekian lama berjuang demi memartabatkan umat Islam di Malaysia kini. Seolah-olah mereka ini telah membawa ideologi baru yang tidak berguru atau bertuan!!!

Kepada sahabat-sahabatku cuba renung dan fikirkan tentang artikel dibawah ini......anda lebih pandai dan bijak dalam menentukan sesuatu....Allahu Allah...Muhammad ya Rasulullah saw




Al-Qaradawi: Tokoh Tajdid



KEDATANGAN Dr Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia amat dialu-alukan. Walaupun saya tidak sempat mengikuti ucapan beliau pagi semalam yang khabarnya berkaitan buku terbarunya Fiqh al-Jihad, tetapi saya telah pun membeli buku tersebut sejak dua bulan lepas. Buku tersebut merupakan karya terbesar beliau selepas Fiqh al-Zakah. Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi.

Bukan kerana namanya, tetapi kerana kesarjanaannya. Buku-bukunya mempunyai nilai analisis dan kebebasan akal dari sebarang fanatik mazhab. Beliau adalah tokoh tajdid yang menyeru kepada keluasan fekah dan kemerdekaan minda dari ketaksuban pandangan tokoh kepada penilaian setiap pendapat dengan adil berteraskan al-Quran dan a-Sunnah.

Dalam buku terbarunya itu beliau menyebut tentang kaedah dalam penulisannya: “Mengambil manfaat dari khazanah fekah islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam yang lain.

Bahkan kita menganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk dia menyelami dasarnya, membongkar simpanannya, menggali setiap penjurunya, membandingkan antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, satu dalil dengan dalil yang lain tanpa taksub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab. Bahkan kadang-kala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian pendapat Malik, kemudian pendapat Syafii, kemudian pendapat Ahmad, kemudian pendapat Daud (maksudnya Daud al-Zahiri-pen). Bahkan mungkin dalam beberapa perkara kecil kita keluar dari mazhab sunni kepada mazhab Zaidiyyah, ataupun Ja’fariyyah ataupun Ibadiyyah jika kita dapati penyelesaian masalah dalamnya.

Mungkin juga kita akan mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab al-Auza’i, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari. Bahkan kita kadang kala akan keluar dari kesemua mazhab itu pergi ke dataran luas fekah para sahabat Nabi s.a.w, tabi’iin, dan atba’ al-tabi’in yang mana mereka ini tiada mempunyai sebarang mazhab yang diikuti. Mereka seperti al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, ‘Aishah, Mu’adz, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan para sahabat r.ahum yang lain.

Demikian juga murid-murid mereka seperti mereka yang dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah yang lain yang para sahabah dan murid-murid mereka bertebaran. Antaranya; Sa’id bin al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, Mujahid, Ata`, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakha’i, al-Laith bin Sa’d dan selain mereka…” (Fiqh al-Jihad, 1/24, Kaherah: Maktab Wahbah).

Saya fikir jika ada orang yang ingin berpegang dengan keluasan mazhab atau intelektualisma yang seperti itu di Malaysia tentu akan ada yang menuduh ini puak ‘derhaka mazhab’, tidak beradab dengan jasa orang-orang lama kita, keluar mazhab Syafi’i, rasa terlalu pandai dan berbagai lagi. Bahkan lebih trajik; wahabi dan sesat. Sebab itulah barangkali pandangan-pandangan agama kita membeku dan generasi baru tidak dapat melihat keluasan Islam akibat kesempitan jendela fikir kita.

Kita kononnya ini menghormati khazanah agama di Tanah Melayu sehingga kita melarang orang lain meneliti pandangan luar mazhab, padahal kita lupa tindakan seperti itu menyebabkan kita menyisihkan sekian banyak khazanah kesarjanaan dari berbagai-bagai aliran pemikiran dalam umat ini. Bukan salah bermazhab, tetapi salahnya itu fanatik mazhab sehingga menganggap setiap yang luar itu salah dan enggan menilai lagi pendapat yang dipakai hanya kerana ‘ini mazhab kita!!’.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi ketika memperkatakan tentang Manhaj Mu’asir li al-Fatwa (Kaedah Semasa Dalam Fatwa) menyebut perkara pertama adalah “Membebaskan diri dari fanatik dan taklid”. Beliau menyebut: “Pertama, membebaskan diri dari fanatik mazhab dan mengikut secara buta tuli kepada si fulan dan si fulan, samada dia dalam kalangan ulama terdahulu atau kemudian. Dikatakan “ tidak bertaklid itu melainkan seorang fanatik atau dungu”.

Aku tidak rela untuk diriku salah satu dari sifat tersebut. Membebaskan diri dari fanatik mazhab itulah sebenarnya merupakan penghormatan yang sepenuhnya kepada para imam dan fakih (ahli fekah). Tidak bertaklid kepada mereka bukanlah merendahkan kedudukan mereka, sebaliknya itulah yang menepati jalan mereka, juga melaksanakan wasiat mereka agar tidak bertaklid kepada mereka. Kita mengambil agama dari sumber yang mereka ambil (al-Quran dan al-Sunnah).

Juga tidak bertalkid kepada mereka bukanlah bererti mengabaikan fekah dan warisan mereka. Sebaliknya, sewajarnya merujuk dan mengambil faedah daripadanya, dari pelbagai aliran tanpa berat sebelah ataupun fanatik. Pendirian seperti ini tidak mensyaratkan seorang sarjana muslim yang berdikari kefahamannya itu mesti sampai ke peringkat ijtihad mutlak seperti para imam yang terdahulu.” ( al-Qaradawi, al-Fatwa bain al-Indibad wa al-Tasaiyub, m.s 101, Beirut: al-Maktab al-Islami).

Ungkapan kemerdekaan ilmu dan kebebasan diri dari kongkongan taksub amat dimusuhi oleh sesetengah pihak. Oleh kerana sejak sekian lama mereka dipayung oleh rasa fanatik lalu mereka tidak akan bertanya atau mempersoalkan lagi apa yang dilontarkan oleh guru mereka sehingga pemikiran agama menjadi longlai dan dihakiskan oleh cabaran zaman.

Namun kelompok agama ini tetap ingin mewarisi takhta ‘empayar agama’ yang tokoh-tokohnya tidak boleh dipersoal, atau pandangan mereka dibincang semula, maka mereka pun mengeluarkan fatwa ‘siapa keluar mazhab dia sesat’, atau ‘siapa banyak tanya atau mengkritik pandangan kita atau kebiasaan kita dia biadap’, bahkan siapa yang cuba memahami Islam di luar dari yang kita terangkan maka ‘dia sesat dan terkeluar dari Ahlus Sunnah’.

Seakan bagi mereka ini para sarjana Islam dari mazhab-mazhab yang lain kesemuanya sesat dan bukan Ahlus Sunnah sehingga kita dilarang memahami dan berpegang dengan kajian mereka! Hal ini bertambah buruk apabila aliran tarekat turut berkembang dalam negara kita kebelakangan ini. Ramai dalam kalangan tarekat yang memegang tradisi ‘jangan tanya, ikut saja’ amat marah melihat gerakan pembaharuan yang meminta agar fungsi akal dihidupkan dalam mengikuti agama ini. Islam adalah agama fitrah dan waras. Akal mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam sehingga orang gila atau belum sempurna akalnya tidak diletakkan atas neraca dosa dan pahala.

Ibn Taimiyyah

Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).

Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan ‘malas berfikir’. Kata al-Qaradawi dalam al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah: “Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).

Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu..”. Di Malaysia, kelompok anti-Ibn Taimiyyah bersarang di sesetengah pondok, jabatan agama dan beberapa institusi yang lain. Ada yang keluar dalam TV dan akhbar menyesatkan Ibn Taimiyyah, bahkan mengkafirkannya. Jika mereka baca karya al-Qaradawi tentu tuduhan yang sama akan dikenakan kepada beliau.

Maka al-Qaradawi juga tidak terlepas dari berbagai tohmahan. Beliau pernah dituduh sebagai liberalis, wahabis dan berbagai lagi. Tuduhan itu datang dari berbagai, samada kelompok fanatik mazhab, fanatik tarekat, juga yang aliran salafi jalur keras yang jumud. Bahkan ada buku yang melebelnya sebagai ‘anjing yang menyalak’. Dalam masa yang sama Barat juga melancarkan permusuhan dengan beliau. Ini kerana beliau bekerja untuk Islam, menulis, berceramah dan merancang. Sebelum al-Qaradawi menjadi ‘gergasi’ dengan nama yang besar seperti sekarang, beliau juga pernah memasuki penjara. Bahkan ketika ini pun ada negeri yang tidak membenarkan beliau masuk. Demikian hari-hari yang mesti dilalui dalam melakukan agenda dakwah dan pembaharuan. Seorang tokoh itu tetap tokoh dan akan ada yang membelanya.

Isnin, Disember 21

Sekadar peringatan!

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Khamis, Disember 17

Salam Maal Hijrah 1431

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh...kepada kalian semua

” Ya Allah…Sempena Ma’al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca blog ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Air mata seorang khalifah (pemimpin Islam)

Sirah ini menceritakan seorang pemimpin agung Islam di zaman Khulafak al-Rasyiddin yang seringkali menangis mengenangkan nasib rakyat & penduduk sekitar di bawah jagaan dan naungan beliau....Inilah, Air mata Umar Bin Khattab mengisahkan tentang kebiasaan Umar Ibnu al -Khattab, sang khalifah yang pada malam hari suka berkeliling di kota Madinah untuk memantau keadaan rakyatnya. Sampailah pada suatu malam, tiba-tiba mendengar suara tangisan anak-anak disebuah ratak buruk, karena berasa kehairanan Umar mendekati teratak itu,

'Assalamu'alaikum,

' salam Umar Bin Khattab. Dari dalam rumah terdengar menjawab salam, Wa'alaikum salam,' jawab seorang perempuan tua dengan lembutnya sambil mempersilakan beliau masuk. Alangkah terperanjatnya Umar menyaksikan tiga anak yang terus menangis sambil memegang perut diatas papan yang sudah reput. Melihat keadaan seperti itu air mata Umar Bin Khattab mengalir begitu saja tanpa terasa. Kemudian dia bertanya kepada perempuan tua itu. 'Mengapa mereka menangis?'

'Mereka kelaparan, kedua orang tuanya sudah tiada sementara saya sudah tidak sanggup lagi untuk membeli makanan untuk mereka. Sejak kedua orang tua mereka meninggal sudah tidak ada lagi yang menjenguknya,' ucap perempuan tua dengan wajah bersedih. 'Bukankah ibu sedang menjamu makanan tadi?' tanya Umar kehairanan. Lalu perempuan itu menjawab, 'Saya telah membohongi mereka, bukan gandum yang saya makan melainkan batu agar mereka berhenti menangis.' Umar nampak terpinga - pinga.

'Batu?' kata Umar tak lagi mampu menahan sebak didadanya, hatinya terluka bagaikan badai menyaksikan penderitaan yang dialami anak-anak yatim paitu dan seorang nenek tua itu. Air mata itu tak terbendung lagi, Umar Bin Khattab bergegas lari meninggalkan mereka. Disaat di rumah Umar segera mengambil air wudhu' untuk sholat dan berdoa, 'Ya Allah, ampunilah hambaMu ini yang telah melalaikan/membiarkan mereka, Izinkan hamba untuk menebus semua kesalahan hamba.' Dengan secepatnya Umar al - Khatttab mengambil sekarung gandum, sebuku roti dan susu segar untuk diserahkan kepada anak-anak yatim piatu dan nenek yang memerlukannya. Tak lama kemudian ketiga anak itu disuapinya oleh neneknya. Anak-anak itu makan dengan lahapnya.Kemudian, Nenek itu bercerita ketika kedua orang tua masih hidup, cinta dan kasih sayangnya kepada mereka bertiga senantiasa disuapi. Setiap suapannya dihasi dengan senyuman yang indah dari ayah dan ibunya. Sejak peristiwa itu Umar Bin Khattab berjanji tidak akan pernah ada lagi penduduk dinegerinya yang kelaparan,kemiskinan dan kesusahan.

Dari kisah air mata Umar Bin Khattab ini memiliki pesan bahwa perasaan bersalah pada diri Umar kerana merasa atas tanggungjawabnya sebagai pemimpin selagi ada penduduk negerinya yang kelaparan dan kesusahan. Perasaan bersalah inilah yang kemudian ditebus oleh Umar dengan tekadnya untuk memperbaiki sistem pentadbiran yang ada. Konon di masa Umar Ibnu al-Khattab inilah Baitul Mal telah ditubuhkan sebagai lembaga negara dalam membasmi kemiskinan dan kesusahan serta berfungsi dengan baik untuk membantu mengentaskan kemiskinan pada waktu itu. Kemungkinan banyak hal cerita dan teladan dari Umar Bin Khattab yang masih relevan untuk negeri kita yang tercinta bagaimana kita menghadapi krisis dan masalah kemiskinan dewasa ini.

Cuba kita bandingkan kisah Umar ibnu al- khattab ini dengan pemimpin - pemimpin dan raja-raja dalam negara kita........

Jika kita lihat di dalam negara kita kini, adakah pemimpin - pemimpin dan raja - raja Islam negara kita masih lagi sayangkan rakyat dan sanggup menangis kerana sedihnya melihat kita yang dalam kesusahan dan sebagainya? Mana pergi fungsinya Baitul Mal dalam negara kita? Manakah salurannya? Adakah ianya sekadar untuk "membesarkan perut' pemimpin - pemimpin dalam negara kita?

Pendapat saya, mereka ini seolah - olah mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri dari rakyat jelata. Mereka semakin kaya dan kaya setinggi gunung...tetapi kita semakin miskin lagi termiskin dan terhimpit oleh keadaan ekonomi. Begitu juga dalam semua pentadbiran dalam negara kita. Kita rakyat dipandang hina di mata mereka seolah - olah darjat mereka sama besar macam Nabi dan malaikat!!! Mengapa Umar pemimpin agung itu boleh memakai baju buruk lebih buruk dari orang miskin dan sanggup menyamar sebagai orang fakir demi rakyat jelatanya sendiri? Mengapa tidak kepada pemimpin - pemimpin kita yang sedang 'membesarkan perut' mereka ini.

Sedarlah wahai pemimpin - pemimpin dan raja - raja kita, kenalah ingat bahawa Allah itulah Maha Agung lagi Terpuji lagi Tertinggi. Dia tidak akan memandang seorang pemimpin yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyatnya dengan saluran yang betul atas dasar Islam. Allah hanya memandang hambanya yang tinggi taqwa dan iman kepada-NYA.

Sedarlah bahawa tiada sedikitpun pemimpin - pemimpin negara kita yang mementingkan rakyat selain dari 'periuk nasi' mereka sendiri. Ingat pemimpin inilah adalah amanah yang paling berat dari Allah kepada hambanya. Janganlah diabaikan walau sesaat!!!

Wallahuallam....sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga