Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Jumaat, Mac 13

Manusia Pertama?

Tahukah anda bahawa siapakah manusia pertama yang telah menjelajahi ke bulan? Seperti kita sedia maklum bahawa ianya juga tercatat dalam sejarah dunia bahawa beliau adalah Niel Alden Amstrong dari Amerika Syarikat (USA). Malah pelbagai kehebatan beliau dicerita, dikaji, disejarah dan sebagainya oleh setiap ahli astronomi dunia.

Tetapi tahukah juga kita bahawa ada seorang yang jauh lebih hebat & juga beliau adalah orang pertama bukan sahaja telah menjelajahi bulan malah seluruh cekerawala. Malah nama beliau juga telah tercatat dalam sejarah Islam & dunia. Beliau juga telah menjelajah seluruh cekerawala ini pada kurun ke-11 Masehi lagi. Beliau juga merupakan Nabi & Rasul. Beliau adalah pemimpin umat iaitu Nabi Muhammad s.a.w....kekasih Allah. Peristiwa ini juga dipanggil Isra'Mi'kraj.

Dengan perjalanan satu malam sahaja baginda telah menjelajahi seluruh cakerawala ini. Menurut pengkaji astronomi Islam, baginda bukan sahaja telah melepasi 12 planet yang terdapat dalam sistem solar dunia ini, malah melepasi sistem bintang seperti matahari sehingga yang terbesar dalam cakerawala ini. Tahukah kita juga menurut pakar-pakar astronomi Islam cakerawala ini adalah antara tangga langit pertama dan kedua. Ketiga dan seterusnya ketujuh adalah di luar imaginasi kita atau di bawah jangkauan paradigma manusia. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui. Sedangkan malaikat tidak tersampai sehingga Arasy Allah tetapi manusia istimewa ini (Rasulullah) telah sampai dan bertemu Allah yang di Cintainya. Dapatkah perkara ini diungkai oleh ahli-ahli pengkaji/astronomi/sejarah barat? Ada diantara mereka yang gila kerana terlalu mendalaminya. Kerana apa? kerana mereka bukan berpegang pada agama Allah (Islam). Ianya perlulah disertai dengan iman.

Cuba kita dilihatkan adanya syurga & neraka..sudah tentu kita mengejar syurga dan menjauhi neraka. Tetapi Allah menghijabkannya dalam menguji sejauh mana iman & takwa hamba-hamba-Nya dalam mempercayai akan kewujudannya. Jika kita pergengan teguh akan ajaran Islam, Rukun Islam & Iman maka kita akan dapat melihat hijabnya. Natijahnya, jika tidak kita hanya melihat indahnya dunia yang fana ini.

Bebalik kepada tajuk utama......................

Ada tak di antara manusia istimewa seperti baginda ini sampai ke sana? Sudah tentu tidak bukan....sedangkan teknologi kini yang tercanggih pun masih jauh lebih ke belakang berbanding teknologi Allah (Tuhan) yang hanya menggunakan kenderaan yang dipanggil Buraq. Beserta dengan Izin-Nya juga.

Hal ini berlaku dari kurun ke-11 Masehi lagi. Pada masa itu juga telah menampakkan teknologi Allah dalam pembedahan di mana Rasulullah telah dibedah oleh malaikat dan dicuci hatinya. Boleh tak hati kita ini dicuci dengan pembedahan dengan teknologi terkini? Cuba kita fikirkannya...."Sudah tentu ada yang kata kalau ada pun dah tentu kita akan mati". Bagi orang-orang yang beriman dan beramal dalam mencuci hati ini, tidak terdapat dalam konteks 'pembedahan' di zaman dan waktu terkini tetapi dalam konteks 'pembedahan' secara rohani iaitu melakukan ibadah dan amal kebajikan.

Justeru, sekali lagi hamba tekankan di sini supaya janganlah kita terlalu taksub dalam fakta dan kepercayaan dunia!!! tetapi fahami, dalami, dan percayai apa yang terkandung dalam al-quran kerana ianya awal dan ianya juga yang terkahir. Sebenarnya Guinness Book of record yang kononnya dicipta oleh orang-orang barat adalah supaya mengaburi pandangan umat Islam dari al-quran dan malangnya ia tidak setading 'kalam Allah' ini. Al-quran ini tercacat segala-galanya.....cuma kita alpa dalam mengkajinya..termasuklah diriku yang hina ini.


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).


Berjuanglah demi Islam...lakukan segalanya demi Allah & Rasul..necaya akan teguh akidah kita ini.....

Wallahuallam....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga