Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Jumaat, Januari 8

Ulama' Pewaris Nabi Muhammad saw - Mujaddid

Tercatat dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepimpinannya. Alah membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga para pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah di bawah pimpinannya. Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepada mereka ini dalam memperjuangkan agama Allah.

Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Para pengikut mereka pula walaupun sedikit, tetapi sangat taat, setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam di dalam jemaah.

Antara Para mujaddid yang telah diutus dalam membentuk akidah umat Islam:-

Sudah ada sekurang-kurangnya 13 mujaddid yang datang di setiap awal kurun Hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun sejak kewafatan Rasulullah saw. Mereka itu ialah (mengikut susunan kedatangan mereka):

1. Khalifah Umar Ibnu Aziz (mujaddid pertama, datang pada awal kurun kedua Hijrah)

2. Imam Syafie.

3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Ibnu Suraij Al Iraqi

4. Imam Al Baihaqi dan Syeikh Abdul Hamid Isfaraini As Syafie

5. Imam Al Ghazali

6. Imam Fakhrurrazi

7. Ibnu Daqiqi'ld

8. Al Balqini

9. Imam As Sayuti

10. Imam Muhammad Ar Ramli

11. Abdullah Salim Al Basri

12. Ad Dardiri

13. Asy Syarqawi

Khalifah Umar Ibnu Aziz : Kedatangannya dalam kelompok umat Islam ialah untuk memperbaharui sistem pemerintahan yang sudah rosak di zamannya. Keadilan, ketaqwannya dan kewarakkan mampu menundukkan manusia kepada Allah swt, bahkan "kambing dan serigala pun dapat berkawan".

Imam Syafie: Beliau datang untuk mengaktifkan/mengembalikan semula amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad dan bagaimana mengistinbatkan hukum. Keluarlah darinya penemuan-penemuan serta kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk umat Islam di zaman itu. Penemuan kaedah ini janganlah kita anggap hasil fikiran atau hasil pengajian Imam Syafie di zamannya. Tetapi, Sebenarnya bila Allah dan Rasul isytiharkan adanya mujaddid di setiap awal kurun, ertinya mujaddid itu di kawal dan ditentukan oleh Allah dan Rasul. Apa yang datang dari mereka itu adalah susunan dan ciptaan Allah dan Rasul.

Imam Ghazali: Menyatukan semula syariat, tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah.
Gabungan 3 bidang ilmu ini yang dibuat dalam Al Quran dan Hadis oleh Allah dan Rasul terpecah-pecah dalam beberapa kurun kemudian. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasul-lah yang membetulkan semula kerosakan dengan cara menghantar orang-Nya selaku mujaddid.

Imam Abu Hassan Asyaari: Mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah berdasarkan dalil aqli dan naqli. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20.

Imam Fakhruddin Ar Razi: Menghuraikan cara bagaimana kaedah mentafsirkan Al Quran dan bagaimana menghuraikan maksud-maksud yang halus dan tersirat daripada ayat Al Quran.

Imam As Sayuti: Menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad.

Demikianlah di antara karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada para mujaddid untuk membangunkan atau menghidupkan agama di awal setiap kurun. Di sini kita dapat berfikir, terhadap orang-Nya masakan Allah, Rasul tidak berhubungan, sedangkan misi mujaddid adalah misi Allah dan Rasul. Ini juga adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas kewafatan baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka sentiasa bersama roh Rasulullah SAW.

Para mujaddid sebenarnya adalah umpama/diibaratkan para nabi di zaman ada nabi. Iaitu perananya bukan membawa kepada syariat baru, tetapi mereka menyampaikan syariat Rasulullah SAW untuk setiap 100 tahun sekali supaya setiap umat Islam sepanjang 100 tahun itu mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan keadilan Allah supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api Neraka. Justeru itu sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk sama ada rasul, nabi atau mujaddid tapi tidak mengikut petunjuknya maka dia tidak akan selamat hidupnya di dunia mahupun Akhirat.

Allahu Allah Muhammad ya Rasulullah saw

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga