Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Rabu, November 9

Subuh pun tidak sempat...........................

Sekadar Hiasan

Sebuah coretan untuk kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan tentang amalan kita di dunia ini...........

 Ramadhan 

"Jam 3.30 pagi"

Di sebuah kediaman banglo yang besar. Puan Seri lalu bangun dari tidurnya yang lena. Sambil duduk seketika mengesat matanya dengan lembut. Gelang emasnya yang berharga ribuan ringgit jelas kelihatan bersinar indah begemerlapan bercahaya. Itulah dia perhiasan dunia.

Lebih kurang 5 minit, Puan Seri lalu bangun dan berjalan pula menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Sekali-sekala kedengaran bunyi "kling-kling" pergelangan dikakinya. Itulah dia gelang kaki emas pemberian suami tersayang yang terlalu mahal harganya.

Kelihatan Datuk Seri masih tertidur lena diatas katil yang bukan murah nilai harganya, ribuan ringgit & berjenama pula tu. Maklumlah katil import dari luar negara. Apa yang jelas, semua barang-barang kelengkapan di dalam rumah ini, mahal harganya mencecah jutaan ringgit.Al maklumlah serba mampu. Itulah perhiasan dunia.

Puan Seri bangun awal pagi ni bukannya apa, pada kebiasanya beliau amat susah untuk membangunkan diri seawal-awalnya. Apa lagi  disaat-saat begini, paling kurang pun dia akan bangun apabila laungan azan Zohor berkumandang di angkasa raya. Mimpi apakah agaknya Puan Seri untuk hari ini?

Atau sudah timbul kesedaran pada dirinya? Atau adakah pintu hidayah dari Allah swt terbuka buatnya?  Syukurlah jika ianya begitu.

Puan Seri :- " Ada baiknya aku solat sunat malam ni, sambil-sambil menunggu waktu bersahur" bisik hati kecilnya.

Datuk Seri kelihatan masih tidur berdengkur sambil dibuai mimpi-mimpi indah di atas katil yang empuk & mewah. Letih sangat agaknya, atau sudah menjadi kebiasaan bagi semangat dalam dirinya.

Maklumlah insan serba kaya, apa pun yang dilakukannya tidak sedetik kesan pun di sanubari beliau.

" Jam 4.45 pagi "

Orang gaji sudah lama menyediakan hidangan untuk bersahur. Pada kebiasaannya hanya orang gaji sahaja bersahur bersama "driver" yang turut tinggal bersama di rumah beliau.

Anak-anak Datuk dan Puan Seri sudah dikejutkan dari tidur yang lena.

Semuanya rasa malas & berat sekali untuk bangun...apatah lagi untuk terus bersolat. Malah ada juga yang berani memarahi/memaki & menghina orang gaji sesuka hati mereka.

Maklumlah, anak orang yang digelar MahaKaya. Ikut suka hati merekalah nak bangun ke tidak.

Kemudian,

Puan Seri mengejutkan Datuk Seri.

" Bang, bangunlah. Dah masuk waktu bersahur ni, nanti terlewat pulak".

" Emm...yalah...nanti abang bangun. Letih sangat ni,rasa mengantuk teramat sangat. Awak pergi dululah, keluh Datuk Seri sambil melenakan dirinya dalam segala permainan mimpi-mimpi indah. Lalu ditariknya selimut yang mahal & daripada baldu Eropah itu....Oleh kerana bilik yang suhunya sejuk kerana penghawa dingin.... Itulah lakonan dunia.

Semua anak-anak bangun dengan rasa kelat & malas. Puan Seri duduk diam sambil sekali-sekala tersenyum melihat telatah dan raut wajah anak-anak kesayangan. Macam-macam kerenah mereka.

" Jam 5.15 pagi"

Semua anak-anak sudah bersahur lalu tidur semula menyambung mimpi-mimpi dunia mereka. Orang gaji pula sedang sibuk mengemas segala pinggan-mangkuk yang mahal harganya diatas meja import yang berkayu jati.

Lalu...........

Puan Seri sekali lagi cuba membangunkan semula Datuk Seri.

" Abang tak nak bersahur ke ? Dah dekat waktu subuh ni. Bangunlah bang (dengan nada memujuk)" kata Puan Seri sambil melabuhkan punggung bersebelahan suami tercinta.

" Takpelah. Abang niat saja. Abang mengantuk sangat ni. Letih sangat sebab petang tadi main golf kat padang tu bersama Tan Seri-Tan Seri dan Datuk Seri yang lain.

Esok pulak ada mesyuarat dengan Menteri kabinet." balas Datuk Seri sambil menarik kain selimut mahalnya menutupi seluruh tubuhnya yang kesejukan itu. Sungguh lenanya beliau......

" Jam 5.45 pagi "

Azan Subuh berkumandang di angkasa raya. Puan Seri bergegas masuk menuju kamar mandi untuk mengambil wuduk.

Datuk Seri pula masih terlena panjang hinggakan alunan dengkurannya terus bergema kuat memenuhi ruang bilik yang telah diubah suai dengan harga ribuan ringgit.

Maklumlah sudah terlebih mampu. Segalanya bagai dia yang punya...... Itulah perhiasan dunia.

" Bang, jom solat Subuh berjemaah. Agaknya sudah lama kita tak menunaikan ibadah wajib ini. Bangunlah bang. Sedar-sedarkanlah diri tu!!!

Jangan hanya solat semasa di hadapan ramai orang saja, lepas tu apabila bersendirian, langsung tak bersolat." tegur Puan Seri pada suami tersayang.

" Abang letihlah. nanti abang ada masa, abg solatlah!!! Awak solatlah dulu!!!" balas Datuk Seri dengan nada keras sedikit tanpa rasa bersalah.

" Jam 9.30 pagi "

Setelah selesai dengan tugas-tugas rumah yang sedikit, Puan Seri memperkemaskan dirinya untuk bersiap-sedia ke Pejabat Kementeriannya.

Datuk Seri masih lagi dalam keadaan tidur lena. Kali ini seluruh tubuhnya ditutupi kain selimut. Langsung tiada kedengaran bunyi dengkuran yang kuat lagi. Sunyi sepi. Berbeza dari semalam dan pada malam-malam yang lain.

" Bang, bangunlah. Dah pag ini. Abang tak pergi mesyuarat ke? soal Puan Seri.

Namun apa yang pasti, Datuk Sri kali ini langsung senyap dan tidak bergerak lagi seperti kebiasaannya.

" Bang , kenapa ni bang? bang....bangunlah...janganlah bersenda-gurau pulak pagi-pagi ni? Risau saya dibuatnya." tegur Puan Seri dengan perasaan takut dan risau yang amat.

Namun walaupun dikejutkan beberapa kali dengan cara apapun, Datuk Seri tetap tak bergerak langsung. Matanya terpejam rapat.Tiada lagi dengkuran kedengaran. Sepi lagi menyepikan diri.

Sejam berlalu. Datuk Seri disahkan telah meninggal dunia oleh Doktor peribadi beliau....

Puan Seri jatuh tersungkur dan pengsan. Seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang suaminya telah meninggal...... Anak-anak kesayangan memapahnya dengan tangisan dan jeritan rintihan sedih teramat pilu..............

Kini segalanya sudah tiada maknanya lagi. Tinggal semuanya. Harta melata tiada bermakna lagi. Isteri yang cantik menawan tinggal kesepian lara. Anak-anak hilang semangat kasih. Saudara mara.....rakan taulan yang kaya raya tidak dapat membantu beliau........

Pangkat yang ada sudah tiada berguna lagi. Hanya amalan yang akan dibawa. Beban amanah ini teramat berat untuk dipikul.

Apa yang pasti. Kita semua akan kembali pada Yang Maha Esa. Pulang dengan membawa suatu beban amanah yang akan dipertanggung-jawabkan nanti.

Tiada makhluk yang kekal hidup melainkan Allah yang Maha Esa.

Muhasabahlah diri kita......kepada Allahlah kita dijadikan....& pada Allahlah jua kita di kembalikan.....

Rasulullah Sholallah hu alahi wassalam bersabda : - “ Perbanyakkanlah meningati hal yang dapat menghancurkan segala kelazatan.” Ertinya, keruhkanlan semua bentuk kenikmatan dengan meningati mati, sehingga hilanglah kecondonganmu kepada kenikmatan itu dan hanya menghadap kepada Allah S.W.T.

Marilah kita dengar akan lagu/video ini untuk kita senantiasa bermuhabasah diri....


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga