- Zikrullah - Perbanyakanlah zikir-zikir kepada Allah seperti Subahanallah, Alhamdilillah, La ilaha illa Allah dan Allahu Akhbar. Diriwayatkan Al-Tabrani (hadith sohih oleh Imam Al-Munziri). Allah s.w.t juga menyebut dalam ertinya :- "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu...".(Al-hajj :28) Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti 'hari-hari tertentu adalah sepuluh hari Zulhijjah
- Berpuasa - Digalakkan umat Islam berpuasa pada 1 hingga sembilan Zulhijjah bagi mereka-mereka yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi s.a.w bersabda tentang kelebihan hari Arafah:- "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah".(Riwayat Muslim). Rasulullah s.a.w. juga ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini & Baginda mnjawab 'Ianya menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan tahun kemudiannya'.
- Melakukan amalan-amalan Mahmudah - Iaitu umat Islam digalakkan lebih bersedekah, membaca ayat-ayat suci Al-quran, melebihkan solat-solat sunat dan lain-lain lagi amal kebajikan & kebaikan yang diredhai oleh Allah s.w.t
- Menjauhi Maksiat - Ini adalah masa yang terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhkannya. Amat biadaplah seseorang umat Islam itu bersuka ria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Ilahi.
- Bertakbir - Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa 'Ali k.w. menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat subuh hari Arafah sehingga waktu [Asar hari ketiga Tashriq]'.
- Berkorban - Allah s.w.t dalam firmannya:- "Dan berdoalah dan berkorban".
Selain dari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah...maka marilah kita selaku umat Islam dalam berjihad ke jalan Allah iaitu berjuang demi menegakkan Syiar Islam serta semat/semaikan di dalam hati nurani kita melaksanakan hukum-hukum Allah...........
Wallahuallam..
0 comments:
Catat Ulasan