Marilah Berkongsi
Khamis, November 27
Semaikan Dalam Hati 'Kalimah Allah'
"Sudah terang lagi bersuluh...masakan lagi hati pekat berdakwat..." Dalami maksud ini bagi mereka-mereka yang bijaksana dan senantiasa berfikir akan Allah.
Dijadikan oleh Allah dari segumpal tanah, lalu disaripati menjadi air mani, kemudian digumpal menjadi darah...lalu dari darah menjadi segumpal daging...lalu terbentuklah tulang -belulang diselaputi oleh daging...maka terjadilah sesuatu makhluk yang istimewa iaitu manusia. 'Subahanallah' Maha Suci Allah..'Allahhuakhbar' Allah Maha Besar yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Maka perlulah kita beringat dan jangan alpa dari mana asal usul kita.
Dari mana datangnya kita dan janganlah kita diibaratkan 'kacang melupakan kulit'. Jangan kita menjadi syaitan & iblis yang lupa asal usul mereka dan juga makhluk yang tidak menerima akan kejadian kita yang bergelar insan. Kini kita sering bertuankan nafsu (hati gelap,hitam,malap) dan juga syaitan yang direjam. Hilang sinar cahaya kalimah Allah dalam hati kita oleh kerana tak tercapainya akal kita untuk melawan kehebatan & kekuatan nafsu, tambahan pula dari godaan syaitan. Mana perginya hati kita yang kudus sejak dilahirkan dalam keadaan suci lagi bersinar? Mana perginya didikan agama oleh ibu-bapa & guru-guru yang tersemai lagi tersemat di dada? Atau adakah selama ini permulaan hidup kita hanya sandiwara dan tipu daya semata-mata?
Fikirkanlah wahai sahabat ISLAMku. Cubalah kita bawa sejenak untuk bermuhasabah di mana letaknya diri kita ini pada pandangan Allah s.w.t dan bukan pada mata atau penglihatan teman lelaki(boyfriends agaknya),teman wanita (awekslah konon), bos-bos(bagi kaki pengampu),pemimpin-pemimpin(gologan yang menipu), atau sebaliknya kerana mereka juga manusia yang hina lagi lemah.
Tapi kini bukan itu yang dicari oleh kita.....termasuklah diriku sendiri...oleh kerana atas kelalaian dan ketaksuban mencari harta kekayaan pangkat dan sebagainya...kita lupa meletak serta meluruskan hati kita dalam mengingati Allah s.w.t. Mengapa kita kadang-kala dibenci oleh makhluk-makhluk Allah tidak kira pohon-pohon mahupun binatang? Ini kerana tiadanya kalimah Allah dalam hati kita ini. Oleh kerana itu jugalah terdapat pelbagai masalah yang kita hadapi.
Oleh itu, marilah kita semai, kita tanam, kita bina semula benih-benih Cinta kepada Allah di dalam sanubari agar ianya melebihi dari kita mencintai dunia dan manusia semata-mata. Bukan beerti kita menolak kesemuanya, tetapi meletakkan Allah yang terutama dan tertinggi di dalam hati kita kerana itulah yang seelok-eloknya. Maka dari situlah kita pula akan memiliki segala-galanya. Bukan sahaja diredhai oleh Allah tetapi disukai oleh seluruh makhluk Allah s.w.t. Bukankah adanya ayat dunia & akhirat? "
Labels:
Allah
0 comments:
Catat Ulasan