Marilah Berkongsi
Khamis, Februari 26
Selasa, Februari 24
Berzina Dengan Ikhlas?
Soalan:-
Jawapan:-
Doktor Perubatan, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)
Isnin, Februari 23
Keberkatan Surah Yasin
Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang.
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. Wallahualam. 1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 4. Ayat 38 - 12x 5. Ayat 58 - 7x 6. Ayat 82 - 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Jumaat, Februari 20
Menghormati Azan Berkumadang
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya: "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama,orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua,orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga,orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,
Insya'Allah
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid-masjid mahupun disurau2..
Amin...Wallahuallam
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah". Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
Khamis, Februari 19
Rabu, Februari 18
Romantiknya Rasulullah

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.
Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu
kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.
Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Ada sesetengah ulama atau ahli-ahli tassauf menyatakan bahawa Baginda beristeri ramai kerana menyelamatkan mereka (wanita-wanita) semua dari orang-orang kafir Quraisy di waktu itu dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetangah pihak (golongan kafir) yang menyatakan Nabi Muhammad s.a.w itu kaki perempuan.
Kalau benarlah Baginda itu kaki perempuan mengapa Baginda mengahwini Janda seperti Khatdijah Binti Khuwailid yang berumur 40 tahun waktu itu? Mengapa tidak mencari wanita yang muda,cantik,bergaya dan sebagainya? Cuba fahami dan dalami sirah Baginda dan jangan kita terpedaya & percaya daripada kafir laknat yang cuba memutar belitkan sirah-sirah Nabi & Rasul ini.
Mulianya Baginda kerana mahu menyelamatkan wanita-wanita atau ada yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal demi Agama Islam. Adakah anda sanggup menyelamatkan sahabat anda yang sedang mengekori orang kafir laknat & celaka ini demi Islam? Kadang-kadang anda buat tak tahu dan berkata "lantaklah kau"!!!
Tetapi tidak Rasulullah s.a.w yang terlalu cintakan umatnya, agama Islam dan perintah Allah sanggup korbankan harta & nyawanya demi umat & agamanya.
Allahuakhbar....Allahuakhbar.....Allahuakhbar
Wallahuallam......
Selasa, Februari 17
Doa Permudahkan Membayar Hutang

Isnin, Februari 16
Menyambut Hari Valentine!!!

Tahukah anda di mana bermulanya Hari Valentine ini? Tahukah anda juga bahawa hukum menyambutnya adalah haram di sisi Ugama Islam? Perkara ini juga amat tidak disukai oleh Allah s.w.t. Jika tidak disukai oleh Allah sudah tentu ianya perkara yang bertentangan dengan Islam malah boleh memesongkan akidah Islamiah di dalam diri kita.
Ini juga adalah cara orang-orang kafir seperti Yahudi & Nasrani dalam memerangkap minda atau dengan lebih tepat lagi teknik penjelajahan paradigma.
Kini jika kita lihat pada 14February yang lepas ramai saudara Islam kita yang menyambut Hari Berkasih sayang (hari syaitan memerangkap kaum adam & hawa) ini. Malah lebih dari itu bukan setakat berkasih bersayang...tetapi membatasi norma-norma kemanusiaan tanpa mengira mahram serta halal & haram. Terlebih lagi golongan remaja yang jiwanya bergelora dengan cinta dunia!
Tahukah anda juga bahawa menyentuh sesama mahram adalah jauh lebih baik jika anda menyentuh khinzir!!! Seharam-haram binatang itu ada juga penyamaknya. Jika bersentuhan lelaki & wanita yang bukan mahram hasilnya adalah ke neraka jika tidak bertaubat dengan sebenar-benarnya!
Serba sedikit tentang sejarah hari yang membawa bala ini....iaitu ianya diasaskan oleh seorang paderi yang beragama Kristian (St.Valentine) yang pada masa pemerintahan kerajaan Rome (Claudius II). Si St. ini dibunuh bukan akibat cintanya pada seorang budak perempuan tetapi kerana melepaskan orang-orang tahanan Kristian oleh tentera Rome pada masa itu.
Semasa di dalam penjara bermulalah cinta St.Valentine kepada budak perempuan ini kerana banyak membantunya semasa dalam tahanan penjara. Malah ada 'rumors' yang menyatakan bahawa dia telah menulis sepucuk surat dengan sekuntum rose merah yang diberi sebelum dia dibunuh.
Demi memperingati Si St. ini pihak gereja Kristian telah menetapkan tarikh hari berkasih sayang yang kononnya St.Valentine ini dibunuh di bulan February. Juga yang dongengnya Si St. ini seorang yang mulia dan penyayang!!!
Apa yang nak hamba ketengahkan di sini mengapakah Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w atau hari penghijrahan Baginda tidak disambut meriah oleh anak-anak remaja kita malah golongan dewasa seperti ibu bapa juga memperlekehkannya! Orang Islam kita juga! Malah bila hari celaka ini pula yang disambut-sambut dengan kasih sayang dan penuh mesra. Tambahan dapat sambutan dan penajaan dari pihak media di dalam negara kita sendiri? Bukankah perkara ini harus dibendung? Di manakah pemimpin-pemimpin Islam kita? Adakah mereka juga turut bersama menyambutnya? Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segalanya.
Alkisahnya dengan memberi hadiah & sebagainya tanda kasih sayang kita pada sesama manusia. Kemudian bercumbu..seterusnya seks bebas! Apa ini? Bukankah ini satu gejala yang dilaknat oleh Allah! Di mana cinta kita kepada Pencipta? Di mana cinta kita kepada kekasih Allah (Rasulullah s.a.w)?
Dalam satu syair Arab menyebutkan........:-
Cintakan Bunga....bunga itu layu
Cintakan manusia..manusia binasa & mati....
Cintakan dunia...musnah segalanya....
Oleh itu Cintalah Allah yang kekal Abadi...Cintanya tidak berbelah bahagi...malah sehingga ke syurga!
Dalam hadis & quran ada menyatakan bahawa bilamana Allah menciptakan dunia...Allah tidak pernah memandang/melihatnya. Malah siapa yang cintakan dunia....binasalah ia..dan siapa yang cintakan akhirat...bahagialah ia.....
Jika hal ini tidak dibendung rosaklah akidah umat Islam dunia. Kita kata benci pada syaitan! kita kata benci pada Yahudi & orang kafir! Tetapi mengapa kita masih lagi menurut gaya & cara hidup mereka ini? Mengapa? Pandai berkata tapi tidak beramal.......Akan datang di akhir zaman ini terdpat manusia alim/warak yang penipu..terdapat pemimpin beriman tapi tidak beramal...terdapat orang yang bijaksana tetapi bodoh!
Fikirkanlah wahai saudara Islamku bantulah hamba & umat Islam yang kian meruncing dalam membendung serta menyelamatkan saudara-saudara kita. Wahai pemimpin Islam bantulah dalam memperjuangkan Islam tidak kira dipelusuk manapun kita ini...dan demi Islam kita berjuang & demi Allah serta Rasulullah saw kita menegakkan yang hak & batil! Bukankah kita dibawah satu kalimah yang sama "la illah haillallah muhammadar rasulullah'!!!
Wallahuallam.....
Rabu, Februari 11
Polis Wanita Di Iran
Wallahuallam

Isnin, Februari 9
Amanah Allah kepada Khalifahnya
[33.72] Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Wallahuallam......
Tiada Alasan Untuk Bersolat











Ingatlah wahai sahabat seIslamku.......tidakkah anda tahu, lihat atau sebaliknya..atau anda tidak memperludikan ia......"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" . Hal ini mengingatkan kita kepada mati. Tidakkah aku atau anda sekalian takut akan azab & seksa Allah s.w.t.
Hilang berkat dalam hidup kita jika ditinggalkan solat yang lima waktu dengan hanya lima minit? Bukankah Allah telah mudahkan kita umat Muhammad s.a.w untuk bertemu & memujanya? Dari lima puluh waktu sehingga 5 waktu sahaja. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada umatnya dan kasihnya Allah pada hamba-Nya?
Apa lagi yang kita mahu? Maka solatlah wahai sahabatku...bukan sahaja untuk diriku yang lemah dan hina ini tetapi untuk saudara seIslamku ini.
Marilah berpesan-pesan dengan kebaikkan dan jalan kebenaran!
Khamis, Februari 5
Surah al-Kahfi (Renungan)
"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)
"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).
"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.
Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.
"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.
"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..