Marilah Berkongsi

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to AD'DINI ISLAM by Email

Rabu, Februari 18

Romantiknya Rasulullah



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.

Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu
kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.


Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:


"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.

Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.


Ada sesetengah ulama atau ahli-ahli tassauf menyatakan bahawa Baginda beristeri ramai kerana menyelamatkan mereka (wanita-wanita) semua dari orang-orang kafir Quraisy di waktu itu dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetangah pihak (golongan kafir) yang menyatakan Nabi Muhammad s.a.w itu kaki perempuan.

Kalau benarlah Baginda itu kaki perempuan mengapa Baginda mengahwini Janda seperti Khatdijah Binti Khuwailid yang berumur 40 tahun waktu itu? Mengapa tidak mencari wanita yang muda,cantik,bergaya dan sebagainya? Cuba fahami dan dalami sirah Baginda dan jangan kita terpedaya & percaya daripada kafir laknat yang cuba memutar belitkan sirah-sirah Nabi & Rasul ini.

Mulianya Baginda kerana mahu menyelamatkan wanita-wanita atau ada yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal demi Agama Islam. Adakah anda sanggup menyelamatkan sahabat anda yang sedang mengekori orang kafir laknat & celaka ini demi Islam? Kadang-kadang anda buat tak tahu dan berkata "lantaklah kau"!!!

Tetapi tidak Rasulullah s.a.w yang terlalu cintakan umatnya, agama Islam dan perintah Allah sanggup korbankan harta & nyawanya demi umat & agamanya.

Allahuakhbar....Allahuakhbar.....Allahuakhbar

Wallahuallam......



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Halwai Telinga