Tahukah anda di mana bermulanya Hari Valentine ini? Tahukah anda juga bahawa hukum menyambutnya adalah haram di sisi Ugama Islam? Perkara ini juga amat tidak disukai oleh Allah s.w.t. Jika tidak disukai oleh Allah sudah tentu ianya perkara yang bertentangan dengan Islam malah boleh memesongkan akidah Islamiah di dalam diri kita.
Ini juga adalah cara orang-orang kafir seperti Yahudi & Nasrani dalam memerangkap minda atau dengan lebih tepat lagi teknik penjelajahan paradigma.
Kini jika kita lihat pada 14February yang lepas ramai saudara Islam kita yang menyambut Hari Berkasih sayang (hari syaitan memerangkap kaum adam & hawa) ini. Malah lebih dari itu bukan setakat berkasih bersayang...tetapi membatasi norma-norma kemanusiaan tanpa mengira mahram serta halal & haram. Terlebih lagi golongan remaja yang jiwanya bergelora dengan cinta dunia!
Tahukah anda juga bahawa menyentuh sesama mahram adalah jauh lebih baik jika anda menyentuh khinzir!!! Seharam-haram binatang itu ada juga penyamaknya. Jika bersentuhan lelaki & wanita yang bukan mahram hasilnya adalah ke neraka jika tidak bertaubat dengan sebenar-benarnya!
Serba sedikit tentang sejarah hari yang membawa bala ini....iaitu ianya diasaskan oleh seorang paderi yang beragama Kristian (St.Valentine) yang pada masa pemerintahan kerajaan Rome (Claudius II). Si St. ini dibunuh bukan akibat cintanya pada seorang budak perempuan tetapi kerana melepaskan orang-orang tahanan Kristian oleh tentera Rome pada masa itu.
Semasa di dalam penjara bermulalah cinta St.Valentine kepada budak perempuan ini kerana banyak membantunya semasa dalam tahanan penjara. Malah ada 'rumors' yang menyatakan bahawa dia telah menulis sepucuk surat dengan sekuntum rose merah yang diberi sebelum dia dibunuh.
Demi memperingati Si St. ini pihak gereja Kristian telah menetapkan tarikh hari berkasih sayang yang kononnya St.Valentine ini dibunuh di bulan February. Juga yang dongengnya Si St. ini seorang yang mulia dan penyayang!!!
Apa yang nak hamba ketengahkan di sini mengapakah Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w atau hari penghijrahan Baginda tidak disambut meriah oleh anak-anak remaja kita malah golongan dewasa seperti ibu bapa juga memperlekehkannya! Orang Islam kita juga! Malah bila hari celaka ini pula yang disambut-sambut dengan kasih sayang dan penuh mesra. Tambahan dapat sambutan dan penajaan dari pihak media di dalam negara kita sendiri? Bukankah perkara ini harus dibendung? Di manakah pemimpin-pemimpin Islam kita? Adakah mereka juga turut bersama menyambutnya? Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segalanya.
Alkisahnya dengan memberi hadiah & sebagainya tanda kasih sayang kita pada sesama manusia. Kemudian bercumbu..seterusnya seks bebas! Apa ini? Bukankah ini satu gejala yang dilaknat oleh Allah! Di mana cinta kita kepada Pencipta? Di mana cinta kita kepada kekasih Allah (Rasulullah s.a.w)?
Dalam satu syair Arab menyebutkan........:-
Cintakan Bunga....bunga itu layu
Cintakan manusia..manusia binasa & mati....
Cintakan dunia...musnah segalanya....
Oleh itu Cintalah Allah yang kekal Abadi...Cintanya tidak berbelah bahagi...malah sehingga ke syurga!
Dalam hadis & quran ada menyatakan bahawa bilamana Allah menciptakan dunia...Allah tidak pernah memandang/melihatnya. Malah siapa yang cintakan dunia....binasalah ia..dan siapa yang cintakan akhirat...bahagialah ia.....
Jika hal ini tidak dibendung rosaklah akidah umat Islam dunia. Kita kata benci pada syaitan! kita kata benci pada Yahudi & orang kafir! Tetapi mengapa kita masih lagi menurut gaya & cara hidup mereka ini? Mengapa? Pandai berkata tapi tidak beramal.......Akan datang di akhir zaman ini terdpat manusia alim/warak yang penipu..terdapat pemimpin beriman tapi tidak beramal...terdapat orang yang bijaksana tetapi bodoh!
Fikirkanlah wahai saudara Islamku bantulah hamba & umat Islam yang kian meruncing dalam membendung serta menyelamatkan saudara-saudara kita. Wahai pemimpin Islam bantulah dalam memperjuangkan Islam tidak kira dipelusuk manapun kita ini...dan demi Islam kita berjuang & demi Allah serta Rasulullah saw kita menegakkan yang hak & batil! Bukankah kita dibawah satu kalimah yang sama "la illah haillallah muhammadar rasulullah'!!!
Wallahuallam.....
0 comments:
Catat Ulasan