










Ingatlah wahai sahabat seIslamku.......tidakkah anda tahu, lihat atau sebaliknya..atau anda tidak memperludikan ia......"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" . Hal ini mengingatkan kita kepada mati. Tidakkah aku atau anda sekalian takut akan azab & seksa Allah s.w.t.
Hilang berkat dalam hidup kita jika ditinggalkan solat yang lima waktu dengan hanya lima minit? Bukankah Allah telah mudahkan kita umat Muhammad s.a.w untuk bertemu & memujanya? Dari lima puluh waktu sehingga 5 waktu sahaja. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada umatnya dan kasihnya Allah pada hamba-Nya?
Apa lagi yang kita mahu? Maka solatlah wahai sahabatku...bukan sahaja untuk diriku yang lemah dan hina ini tetapi untuk saudara seIslamku ini.
Marilah berpesan-pesan dengan kebaikkan dan jalan kebenaran!
0 comments:
Catat Ulasan